-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 13 Jun 2013

TINGGAL KAIN BATIK AJE...

PEMBACA
Dua tahun lalu... Seorang suami hadiahkan kain batik buat isterinya...walau si suami sedar yang si isteri bukanlah sebaik baik isteri padanya. "Letak lah situ i sibuk sikit ofis i buat majlis harijadi untuk i hari ni". Kata si isteri tak kala suami hulurkan hadiah berisi kain batik. Suami cuma diam tapi masih cuba untuk senyum.



Pagi esoknya suami masuk ke bilik isterinya...diperhatikan hadiahnya tetap tidak dibuka,masih elok kotak dan pembalutnya sama seperti sisuami ambil semalam dari kedai hadiah. Suami diam sempat melihat isteri yang masih lena tidur bersama anaknya. Pintu bilik ditutup dan suami beredar untuk mencari rezeki.

Malam itu suami pulang dari kerja dan diperhatikan hadiahnya sudah diletakkan diatas almari...suami ambil kerana sangat teruja mungkin isteri telah membuka hadiah itu...tapi suami diam dan letakkan semula hadiahnya yang MASIH TIDAK DIBUKA!

Peristiwa itu sudah hampir 2 tahun berlalu dan kini si isteri bersama anak kembali semula kerumah, setelah bercerai. Ialah bercerai bukan bermakna ikatan keluarga dengan bekas mertua putus lebih-lebih lagi si anak yang merindui nenek dan ayahnya. Sampai dirumah ibu mertua, si isteri disambut ceria dengan penuh kerinduan maklumlah dirumah itulah si isteri tinggal dulu sebelum berpisah.

"Tidur sinilah malam ni ye liza...lagipun malam ni mak buat tahlil". Kata mak mertua sambil memeluk erat cucu yang rupanya saling tak tumpah rupa anaknya bekas suami liza. "Kenduri arwah? Siapa mak...?" Pertanyaan spontan Liza menyebabkan mak mertua triba triba diulit resah... resah kerana terlepas cakap hingga terlupa ada rahsia....

Emak mertua masih diam dan tunduk... tangannya mengusap rambut cucunya dan dikucup dahinya... "Mak serba salah Liza... mak minta maaf kerana ini adalah permintaan terakhir Sofian... mak terpaksa tunaikan ".   Air mata tidak mampu ditahan Liza semacam hendak meraung kesedihan dengan berita pemergian bekas suaminya, bekas suami yang cuma sekali Liza cium tangannya sewaktu nikah dulu....

Bekas suami yang dipandang rendah kerana kerjayanya lebih berjaya...Liza tak mampu imbas kembali dosa yang dilakukan pada suaminya... Liza tak sempat mohon maaf ...Liza cuma mampu menangis sesal kerana setelah berpisah barulah Liza nampak duit bukanlah segalanya dan jantung anaknya adalah jantung derma “HAMBA ALLAH” yang sebenarnya adalah SOFIAN...

Malam itu jugalah LIZA memakai kain batik yang diberikan oleh suaminya 2 tahun yang lalu.......... KAIN BATIK ITULAH JUGA YANG MEMBALUTI JENAZAH SOFIAN!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.