-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 25 Jun 2013

TIADA LAGI MASALAH KETIAK HITAM!!

PEMBACA
Nampak macam pengotor sangat bila seseorang wanita matang seperti anda bermasalah di bahagian KETIAK. Hitam dan kelihatan berdaki. Jangan kata suami, rakan wanita kita pun belum tentu nak dekati...




Oleh itu, jangan biarkan perkara cenggitu terus berlaku.. Jom ambil langkah segera atasinya.. meh kita semak dulu kenapa perkara ini boleh berlaku....

*Mencukur bulu ketiak dengan menggunakan pisau cukur yang dilakukan secara berterusan dan pisau yang tumpul boleh mengakibatkan kulit ketiak menjadi hitam. Ini kerana berlakunya banyak gesekkan daripada pisau cukur hingga menyebabkan kulit menjadi luka.

*Sisa-sisa pemakaian deodaran dan bedak pada ketiak juga boleh berubah menjadi bakteria sehingga meninggalkan kehitaman.

*Kurang mandi... eerrr..eerr.. dan jarang membersihkan bahagian ketiak boleh menyebabkan daki yang tinggal dibawah ketiak berubah menjadi hitam.

*Memakai pakaian yang tidak berbasuh berulang-ulang kali.

*Memakai deodaran yang tidak sesuai hingga menyebabkan kegatalan dibahagian ketiak dan akhirnya berubah menjadi hitam...

Semoga kita dapat manfaat bersama...

Editor Nur Camelia Huda

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.