-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 28 Jun 2013

SKANDAL ISTERI YANG DASAT

PEMBACA


Siapa tak sayangkan isteri walau ramai isteri isteri...Siapa pula tak curigai isteri jika terpaksa berjauhan. Dua persoalan inilah yang sering menggoda jiwa supaya hilang kepercayaan kepada isteri. Perasaan ingin menyiasat semakin membuak buak menyebabkan saya meneruskan perjalanan dengan penuh debaran.



Sampai disimpang masuk kerumah saya dah mula berhati hati dengan memperlahankan kenderaan....Ah!Debaran makin kuat apabila ternampak sebuah kereta parking dilaman rumah dibelakang kereta isteri...Hati dah mula runsing,maklumlah saya cuma berpeluang bersama isteri dua minggu sekali.Dengan sabar saya menanti dari dalam kereta untuk pastikan tiada jiran yang perasan kehadiran saya tengahari itu walaupun saya sendiri tidak yakin adakah jiran kenal siapa saya.

Setelah berpuas hati dan kebetulan suasana agak lengang disitu,saya melangkah keluar dari kereta dan menuju kerumah dalam debaran yang kian terasa. Perlahan dan berhati hati saya membuka dan menolak pintu pagar, dari luar rumah saya dapat mendengar alunan muzik keras metal yang saya minati dulu sebelum kawin.

Perasaan syak makin menebal kerana SIAPA PULA DENGAR LAGU KERAS MCM NI...Anak sulung walau ditakdirkan dia tak sekolah hari ni,dia lebih minat muzik Kpop...jadi persoalan siapa yang dengar lagu ni...dan ADAKAH LAGU INI DIPASANG KUAT UNTUK MENUTUP AKSI LAIN DISEBALIK LAGU???. Saya beranikan diri mengintai dari tingkap...Saya nampak isteri saya...........

Sedang asyik angguk angguk kepalanya sambil melipat kain..Perasaan sedikit lega tapi belum reda...Saya perlu tunggu jika ada BUKTI baru muncul...Hampir 10Minit juga saya menunggu tapi tak juga ada yang mencurigakan kecuali kereta yang park dilaman rumah

 Jemu pula lama menunggu sambil mengintai gelagat isteri sendiri,saya masuk kedalam rumah ....Terkejut isteri melihat saya ! Cepat cepat dia matikan lagu metal yang didengarnya...berlari dia mendapatkan saya dan mencium tangan seperti yang biasa dilakukannya. Tanpa perlu menunggu lama isteri terus memberi tazkirah kerana marah

"Awak! Kenapa tak cakap nak balik...Nur minta maaf tak perasan awak sampai ".
"Takpe... i kena jumpa Client kat sini..." Kata saya sambil melihat isteri mengemas kain baju yang belum siap dilipatnya, segera dia hendak kedapur untuk membuat air tapi saya menahannya .

 "Kereta siapa kat luar tu" Terus saya bertanya. "Betul awak tak nak minum? Kete jiran sebelah,Malam tadi dia buat kenduri cukur jambul anaknya.. tak muat nak letak khemah lagi so Nur suruh dia park kat rumah kita tak sangka pula awak balik hari ni...nanti Nur suruh dia alih ". Saya senyum penuh kemaluan mendengar penjelasan isteri.

"Dah minum tadi ngan client" Tipu saya sambil memasang semula lagu yang didengar sang isteri...nampak wajah isteri pucat sambil senyum sumbing takut saya marah agaknya... belum sempat saya bercakap "Awak...Nur minta maaf pasang lagu macam tu..." Isteri tunduk dan saya merapatinya. "Kenapa pula nak minta maaf sayang,awak memang minat muzik kers macam ni". Isteri angguk dan saya terus memeluknya kerana saya dapat rasakan yang isteri merasa bersalah...

Saya berbisik ditelinganya " Tak sangka kita minat muzik yang sama,dulu sebelum kawin dengan awak itulah lagu dan kumpulan yang saya dengar...tapi selepas kawin saya cuba buang muzik itu sambil curi curi dengar". Isteri mendongak memandang saya seakan kurang yakin. "Betul?" Isteri bertanya mungkin padanya penjelasan saya itu untuk menjaga hatinya saja

"Ok,dalam kumpulan Amon Amarth ada nama yang sama iaitu penyanyinya JOHAN HEGG dan JOHAN SODERBERG dan mereka berasal dari Sweden ...betul tak?" Soal saya pula menyebabkan isteri memeluk saya dengan erat..."Tak sangka kan sayang sama...tapi Nur dengar lagu ni kat rumah masa anak tak ada sayang...seganlah!".

HUH siapa sangka Allah temukan jodoh saya dengan isteri yang minat muzik sekeras dan sebingit ini.






0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.