-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 10 Jun 2013

SEKETUL HATI AYAM YANG TIDAK TERNILAI....

PEMBACA
Suatu petang, seorang suami pulang dari kerja, melihat isteri yang tertidur nyenyak kerana keletihan bekerja seharian di rumah. Sang suami mencium kening isterinya dan bertanya, ‘Sayang, sudah sholat Asar ke belum?’ Isterinya terbangun dengan hati berbunga-bunga menjawab pertanyaan suami, ‘sudah baba..’ Isterinya beranjak dari tempat tidur mengambil piring yang tertutup....


Petang itu isterinya memasak masakan kesukaan sang suami. ‘Lihat nih, nur masak khas kesukaan baba.’ Piring itu dibukanya, ada seketul hati dan pedal ayam yang terhidang untuk dirinya. Sang suami memakannya dengan lahap dan menghabiskan.

Isterinya bertanya, ‘Baba, kenapa baba suka makan hati dan pedal ayam padahal Nur dan anak2 paling tidak suka makan hati dan pedal ayam?”. Sambil tersenyum, suaminya menjawab, 'Itulah sebabnya kerana isteri dan anak-anak I tak suka makanlah, I suka makan hati dan pedal ayam ni supaya sayang dan anak-anak dapat makan bahagian yang terenak’.

Mendengar jawapan sang suami, terlihat butir-butir mutiara mulai menuruni pipi isterinya. Jawapan itu menyentak kesedaran si isteri yang paling dalam. Tidak pernah difikirkan olehnya ternyata seketul hati dan pedal ayam begitu indahnya sebagai wujud kasih sayang yang tulus kecintaan suami terhadap dirinya dan anak-anak. ‘Terima kasih ya baba atas cinta dan kasih sayangmu’ ucap sang isteri.

Suaminya hanya membalas dengan sebuah senyuman yang sangat ikhlas, petanda kebahagiaan hadir di dalam dirinya. Subhanallah....Kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kecil namun memiliki makna yang begitu besar, di dalamnya terdapat kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab sekalipun sesuatu yang kecil itu adalah seketul hati dan pedal ayam. Semoga dari cerita ini kita boleh mengambil hikmah dengan mencintai setulus hati keluarga kita. Insyallah...

+Nur Camelia Huda

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.