Tweet |
Ibu-ibu selepas melahirkan anak biasanya berwajah
pucat dan lesu. Untuk menaikkan kembali seri wajah, cubalah mana-mana petua di
bawah….
Petua 1:
Ambil beberapa tangkai daun inai, besihkan dan
rebus. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi dan
malam.
Petua 2:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh
halus. Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau
kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan
bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan
kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke
bahagian leher dan biarkan kering sendiri. Amalkan selama tiga malam
berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3:
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga
halus. Selepas itu gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke
dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan. Amalkan
sehingga nampak keberkesanannya.
Macamana?? Mudah je an an an?? Cer try.. hehehe..
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan