-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 12 Jun 2013

PELIK SANGAT KE?

PEMBACA


ANDA nilaikan sendiri kenyataan ini yang sebenarnya dialami sendiri oleh kita tanpa disedari…. Mungkin jika ianya dah berlaku 10 tahun lalu, ianya memang satu situasi yang pelik lagi janggal.


SEDAR atau tidak bahawa Fenomena Facebook dan Twitter menyebabkan berlaku angkara ini:-

1. KITA makin kurang bercakap tapi lebih banyak menaip! Yelah kan kalau asyik mengadap Facebook dan Twitter bila masa kita nak bercakap kan kan? ker....anda ada jumpa orang boleh bercakap dengan facebook.. hahahaha..

2. Jumlah rakan atau kawan ada lebih ramai dalam Facebook dan Twitter malah melebihi jumlah kawan anda dalam dunia realiti. Itu baru jumlah kawan atau rakan belum lagi jumlah er.. er.. skandal anda yang terdiri dari kekasih, awek, pakwe.. kan kan kan..?

3. Dalam Facebook dan Twitter ANDA BOLHE BERUBAH WATAK dari menjadi diri anda yang sebenar... anda boleh jadi sebaik dan semulia manusia malah anda juga boleh jadi senakal manusia!

Dari itu jangan pelik kalau pembunuh boleh menjadi romantik dalam media sosial ini.

Tak lama lagi kita nak menyambut raya dan jangan pelik kalau ucapan selamat hari raya dan mohon maaf itu dimulakan pada rakan rakan di Facebook dan Twitter dulu sedangkan ahli keluargalah yang patut kita dulukan. Jangan juga pelik kalau tiada orang berjalan atau ziarah sesiapa di hari raya kerana orang lebih asyik ziarah wall difacebook…! hahahaha..

DAN JANGANLAH PELIK kalau nanti tetamu yang datang beraya lebih selesa lagi selera melayan kuih dan rakan difacebook dari berbual dengan anda selaku tuan rumah....



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.