-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 30 Jun 2013

PADAH PERTIKAI JANJI ILAHI.....

PEMBACA
AHMAD DAN SOFIAN dua pemandu lori yang bekerja ditempat yang sama. Masing masing berebut untuk mendapatkan trip yang banyak kerana kedua duanya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Berbeza dengan Ahmad, Sofian dilihat lebih mementingkan kerjayanya hingga adakala melanggar suruhan Allah.


Oleh kerana mengejar trip, mereka berdua perlu sampai ketempat yang dituju tepat pada masanya, tidak boleh lewat. Jadi masing masing mengejar masa dalam keadaan jalan raya yang sesak dan sibuk.

Macam manapun ,Ahmad dilihat pasti sampai dahulu didestinasi berbanding dengan Sofian walaupun ada masanya Sofian bergerak terlebih dahulu......ini kadang kala menimbulkan pertanyaan pada diri Sofian...sedangkan mereka ikut jalan yang sama...hadapi suasana Jem yang sama...tapi pasti Ahmad sampai dulu.

Apakah rahsia?? Adakah lori Ahmad lebih laju..?? Pernah juga Sofian menukar memandu lori yang dibawa Ahmad...tapi tetap juga Ahmad sampai dulu...atau adakah Ahmad ada JALAN RAHSIA yang tidak diketahuinya??

Satu hari Sofian cuba mengintip pergerakan rakannya itu...sengaja dia membiarkan Ahmad bergerak didepan...tidak seperti sebelum ini yang dia PASTI AKAN MEMOTONG DAN MENINGGALKAN AHMAD DIBELAKANG...hari ni Sofian cuma mengekori saja lori Ahmad.

Sofian ingin tahu...APA RAHSIA AHMAD CEPAT SAMPAI DARINYA...dari jauh Sofian mengekori hinggalah triba triba lori Ahmad berhenti di satu Masjid...kelihatan Ahmad keluar dari lori dan masuk ke Masjid untuk menunaikan solat .

Hati Sofian terdetik...dia seakan malu sendiri dengan apa yang dilihatnya...mahu saja dia ikut serta Ahmad untuk solat...tetapi bila Sofian TERINGAT SATU PERISTIWA beberapa hari yang lalu...Sofian cuma diam dalam lorinya sambil menanti Ahmad siap menunaikan solat...

Beberapa minggu lalu...sedang mereka berhenti makan diperhentian RnR...Ahmad berkata padanya.

" Jom solat dulu Pian! Lepas tu kita makan lah..."

" GILA KOO!! Karang lewat sampai...!! Dah dah! Kita gi makan ajee..kalau ko nak solat dulu ko gilah...aku nak makan... Jem karang, aku tak nak LEWAT sampai...". Itulah kata kata Sofian bila dia imbas kembali peristiwa tersebut.

Triba triba kelibat Ahmad berkopiah keluar dari Masjid yang menyebabkan lamunan Sofian terhenti...diekorinya lagi lori Ahmad dari jarak jauh...

SUNGGUH DIA TIDAK SANGKA..!! PERJALANAN MEREKA HARI ITU BERGERAK LANCAR TANPA SEBARANG KESIBUKAN seperti yang dialami Sofian sebelum ini.

Sofian mula SEDAR KESILAPANNYA SENDIRI....Sofian mula insaf! Itulah Janji Allah ,

Laksanakan solat kerana ianya MEMUDAHKAN BUKAN MENYUSAHKAN.


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.