-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 13 Jun 2013

OH BAPAKKKK....!!

PEMBACA
Lagu “ibu” ada, lagu “Ummi: pun ada, lagu “Bonda” M.Nasir dah nyanyi, lagu “Mama” pun dah ada orang buat…

Tapi kenapa composer suka sangat buat lagu nama-nama diatas? Kenapa sorang pun tak berani buat lagu untuk bapa, abah, papa, abi atau baba?? Kenapa ek?? Sebab takut tak sedap ke atau takut kaum bapa mengamuk nanti?.. Kesian jugak saya kat kaum bapa, terasa macam tak dihargai pulok…

Kalau sebut pasal bapa, dah tentu yang terbayang dalam fikiran kita mustilah seorang lelaki sebab belum pernah lagi perempuan yang jadi bapa.  Ada yang rapat dengan bapa tapi kebanyakkannya sangat gerun.  Munkin disebabkan kebengisan muka seorang bapa ataupun seorang bapa ni malas nak menjakan anak-anaknya walaupun jauh di sudut hati kecil mereka ada perasaan sayang.  Pendek kata malas nak tunjuk sangat lah, nanti tak cool pulok.  Tak kurang jugak yang menjadikan bapanya sebagai hero dan idola.   Semua ni bergantung dengan bagaimana cara seorang bapa melayan anak-anaknya.

Apa yang saya perhatikan zaman saya dulu dangan bapa zaman sekarang ni banyak berubah.  Bukan berubah dari segi fizikal tapi perubahan dari tatacara mendidik anak-anak.  Kalau kita tengok cara orang dulu sangat tegas. Bila sebut je nak panggil bapak masing-masing bertempiaran lari. Mana yang tengah main, berenti, yang belum mandi terus terjun kolah, yang tak belajar terus siap kerja sekolah. Tu baru mak gertak nak panggil bapak, kalau bapak ada kat depan masing-masing buat muka suciiiiiiii je.  Begitulah gerunnya orang dulu dengan bapa. Kadang-kadang bapa tak payah cakap pun, Cuma mimik muka je, anak-anak dah faham.  Siapa yang jadi anak kesayangan bapak kira dialah insan yang paling beruntung dalam dunia…

Tapi zaman sekarang, saya tengok anak-anak macam dah tak hormat atau takut dengan bapa. Apa yang dihajatkan semua bapa akan sediakan.  Mungkin zaman sekarang tak nak ikut cara zaman dulu sebab nak rapatkan jurang antara bapa dengan anak.  Betul jugak sebab zaman makin berubah, cara pemikiran anak sekarang dan anak zaman dulu jauh beza. Tu belum kira dengan kebanjiran gajet dan internet yang serba canggih, jadi cara mendidik pun kenalah ubah. Takut nanti ketinggalan zaman pulok…

Apa-apa pun saya menyeru kepada anak-anak semua.. “SAYANGILAH BAPA KITA SELAGI ADA UMUR MEREKA..”

Ya Allah kau ampunkan semua dosa-dosa Allahyarham bapaku, tempatkan beliau bersama orang-orang yang kau redhai, wahai tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang...



+Nur Camelia Huda

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.