-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 5 Jun 2013

NIK ABDUH KANTOI MENYAMAR .......

PEMBACA
Photo: Bersyukurlah di Malaysia TERLALU BANYAK jalan yang dibiarkan berlopak BERTAHUN-TAHUN bagi membolehkan orang ramai untuk menternak ikan. Bila dah membiak, dapat jual kepada pemborong. Ianya juga mampu menarik pelabur asing untuk ke Malaysia. Bersyukurlah jalan di Malaysia lebih banyak lopak berbanding Zimbabwe.


BANYAK cara boleh digunakan untuk melaga lagakan musuh politik antara cara paling halus selain fitnah ialah MENYAMAR ,namun tak semua pengguna boleh tertipu KECUALI memang dia jenis penipu.

Nik Abduh anak Tok Guru Nik Aziz yang berjaya menewaskan Ibrahim Ali dalam PRU yang lepas kini menjadi mangsa penyamaran untuk mengucar kacirkan Pakatan Rakyat.

Namun, macam penulis katakan tadi......tak semua boleh dan mampu menyamar dengan baik seperti ini......
INI pula kenyataan dari Nik Abduh sendiri tentang isu diatas........

Nama Nik Abduh disalahguna dalam facebook

Laman sosial Nik Abduh Fan Club yang tercatat kenyataan berkenaan, namun identiti pihak bertanggungjawab tidak dikenal pasti.

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan terlibat dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.

Sambil tidak tahu menahu siapa dalang di sebalik kenyataan itu, menurut Nik Abduh yang juga Timbalan Pemuda Pas Pusat, beliau tidak pernah menulis kenyataan tersebut dan turut tertanya-tanya tentang pihak yang bertanggungjawab menggunakan namanya untuk tujuan itu.

“Saya menafikan apa yang tercatat itu dan tidak pernah menulis kenyataan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nik Abduh berharap rakyat negara ini lebih bijak menilai selain mengkaji maklumat diperolehi sebelum mempercayainya agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang kenyataan disebarkan media sosial.

Dalam laman sosial Nik Abduh Fan Club semalam tertera kenyataan ‘Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menyaksikan Nik Abduh yang juga anak bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dengan majoriti 8,047 undi.

cer cuba lain lain kali ehh!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.