-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 25 Jun 2013

MERAJUKLAH SANGAT....ahaks!

PEMBACA

Selain tidaklah sangat romantik,suami saya juga tidak suka lagi pandai memujuk lebih lebih lagi merajuk. Tetapi sesekali dia merajuk boleh pening melayan kerenahnya. Entah jin mana merasuk dalam diri +Dukun Pasir JOMGELAKFM  hari ni dia merajuk,tapi saya bertekad tak akan memujuk apatah lagi bertanya kenapa...saja saya nak keras kali ni asyik dia aje nak keras Eh!

Sikap "kurang mesra" pengguna dia terhadap saya menyebabkan anak saya perasan dan bertanya...
"Kenapa Baba ibu..."

 "Issk! Baba ngah merajuk tu....syhhh!" Bisik saya berpesan pada anak. 

"Tak kan nak biar je ibu....Gilah pujuk gunakan Kuasa Tamparan wanita ibu tu". Kata lagi si anak sambil angkat angkat keningnya .

 Huh! Nyampah pula tengok angkat angkat kening ni...dah macam Ziana Zain."BIAR aje...tak lama rajuk Baba kamu tu". 

"Yakinnya ibu...buatnya Baba lari dari rumah? Naya kita ibu..." Risau pula si anak sambil geleng geleng kepala. 

" Huh! Ini ibulah Aniq...percayalah sitinurhaliza..."Kata saya pula menyakin si anak.

 Paginya selepas siapkan sarapan saya nak tergelak melihat aksi sisuami yang nampak tidak ketahuan lagaknya...Selepas dia mandi kejab kejab dia keluar bilik dan masuk semula kedalam bilik...emmm..itulah kelemahan suami saya yang pasti tidak jumpa barang yang dia cari walau barang tu depan mata dia. Kesian tengok aksi seksi dia kesejukan bertuala,saya masuk bilik ambilkan pakaiannya dan letak atas katil tanpa perlu berkata apa apa...


Sengaja saya nak tengok EGO dan rajuknya bertahan sampai bila. Tak lama suami keluar dari bilik dengan pakaian yang saya letak tadi. Dia keluar ke kereta tapi masuk semula kedalam rumah. Saya dan anak seakan tahu apa lagi yang tidak dijumpainya...saya memandang pada anak dan selamber si Aniq pergi ambil kunci kereta Babanya,memang Aniq suka main dengan kunci kereta yang ada lampu laser

Mulanya risau juga takut dimarah siAniq maklumlah suami tengah ANGIN...tapi bila lihat dia senyum dan sempat usap rambut anak hati saya lega...memang dia rajuk dengan saya aja nampaknya. Bunyi enjin kereta dihidupkan..triba triba suami masuk semula kedalam rumah eh! Apa lagi? Sambil tergaru garu suami membelek beberapa dokumen dalam briefcasenya..hahaha saya tergelak sendiri

Memang saya tahu hari ni dia ada temujanji dengan client dan biasanya sayalah yang siap dan sediakan dokumennya...takut dia terlewat saya masuk bilik dan serahkan dokumen yang dicarinya tadi. Tanpa memandang wajahnya saya kembali kedapur untuk sambung sarapan dengan anak. Suami tergesa gesa keluar ke kereta.

Tapi...terdengar pintu kereta dibuka semula...suami masuk lagi ...ada lagi ke yang dia tertinggal,kesian pula saya lihatnya...suami hampiri saya,dia kucup kening dan peluk saya sambil berbisik...

"Awak jangan masak petang ni...nanti kita makan kat luar sebab kite dah KALAH! ...Ahaks...kan dah kata rajuknya TAK KEMANA..menyampah pula lihat Aniq mula angkat angkat kening gembira dengan.............

                             apa yang dilihatnya...hebatkan IBU !



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.