-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 16 Jun 2013

KISAH WARDEN PENJARA DIHUKUM ALLAH

PEMBACA

Hj. Musa tinggal keseorangan ditangga masjid,jemaah yang selesai menunaikan solat Asar bersamanya tadi sudahpun menuju ke destinasi masing masing. Hj. Musa masih bingung dan perasaannya masih tidak tenang,ujian yang Allah berikan pada keluarganya kini amat perit dan menyiksakan beliau .



Hj.Musa termenung panjang bila terkenang anak sulungnya dijatuhi hukuman penjara kerana membunuh dan sedang berada dipenjara yang dia sendiri MENJAGA PENJARA ITU suatu ketika dulu.Hatinya juga resah mengenangkan anak keduanya yang sanggup lari meninggalkan suami dan anak untuk bersama seorang Bangla.

 Isteri mudanya pula sedang koma di Hospital akibat kemalangan bersama kekasih gelap...hatinya luruh tak kala dia pergi menunaikan fardhu haji isterinya sendiri menunaikan fardu maksiat. YA ALLAH! UJIAN APAKAH INI?Luah isi hatinya kembali seakan tidak mampu untuk menerima ujian Allah padanya. Hj. Musa malu .....malu kerana memegang gelaran HAJI namun keluarganya sendiri kucarkacir.

Air matanya mula mengalir...namun segera dikesat kerana perlu segera menyelesaikan ujian yang terbaru diterimanya pagi tadi,anak bungso kesayangannya mengadu dipukul suami dan Hj. Musa perlu selesaikan masalah ini dengan keluarga menantunya. Langkahnya longlai menuju ke kereta untuk kerumah menantunya.

Salam diberi dan dijawab oleh janda anak limabesannya itu. Anak bongsunya kelihatan lebam dimuka mungkin akibat ditumbuk suami,perasaan marah mula menggeledak dalam diri Hj Musa ketika melihat keadaan anaknya,nasib baiklah menantunya tiada waktu itu kalau tidak pasti lunyai dibelasahnya seperti mana dia membelasah penghuni penjara sewaktu dia menjadi warden dulu.

"Terpulanglah pada Hj nak buat macam mana,saya terima aja keputusannya dan minta maaf kerana tak mampu mendidik dan menasihat anak saya". Besannya memulakan bicara. "Takpelah saya bawa Ani balik dulu nanti kami bincang dulu". Jawab Hj Musa sambil terperanjat melihat gambar keluarga besannya yang tidak pernah dilihat sebelum ini maklumlah beliau cuma dua kali bertandang kerumah besannya ini kerana perkahwinan anaknya pun  disebabkan tangkap khalwat.

"INIKAH SUAMI KAMU?" Tanya Hj Musa pada gambar yang tidak diperasannya sewaktu pertama kali menjejak kerumah itu. " Iya...dah 20tahun arwah tinggalkan kami...haji kenal ker?" Tanya besannya pula. Haji Musa diam tidak menjawab dan segera memohon untuk membawa balik anaknya.Dirumahnya selesai solat Insyak Hj Musa menangis dan terkenang pada gambar yang dilihat dirumah besannya itu.

 Nama dan rupa ABDUL RAHIM BIN RAMLI yang dilihatnya tadi adalah mangsa konspirasi Hj Musa demi menyelamatkan karier politik rakan baiknya. Melalui usaha dan perancangan beliau lah ABDUL RAHIM dihukum penjara seumur hidup namun meninggal 3 Tahun kemudian. Semua rakan rakan yang terlibat telahpun meninggal dunia dalam keadaan mengaibkan kecuali Hj Musa.

HAJI MUSA TERTANYA SENDIRI "APAKAH INI BALASAN ALLAH DIATAS DOSA MASA LAMPAUNYA ?" yang suatu ketika dulu dia kenali oleh hampir semua banduan di penjara tempat  bertugas sebagai warden,siapa banduan yang tak pernah makan penampar dan terajangnya,siapa banduan wanita yang tidak ditidurinya,siapa banduan yang tidak pernah berurus niaga dadah dengannya dan paling SEDIH ialah...........

HJ MUSA TERGAMAK FITNAH ABDUL RAHIM seorang imam yang sering mengimamkan lebih dari 40 jemaah setiap kali solat Jumaat dengan tuduhan BERZINA dan MEMBUNUH terhadap isterinya sendiri. DAN KINI HJ. MUSA SEDANG MENERIMA HABUAN DUNIA DARI ALLAH TERHADAP DIRI DAN AHLI KELUARGANYA....



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.