-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 5 Jun 2013

ISRA’ MIKRAJ TIBA LAGI..

PEMBACA
Isra' Mikraj tiba lagi. Hari yang dinanti para mukminin di bulan Rejab.
Beramallah pada 27 Rejab dengan bersungguh - sungguh.
Berpuasa pada siangnya dan buat amal yang lainnya.


Dah pasti susah bagi orang yang berkerja nak dapatkan masa untuk melakukan ibadah sunat di bulan ini. Selain masa yang terhad, badan yang letih sudah cukup menghadkan batas waktu.
Jadi, ambillah kesempatan malam Israk Mikraj untuk buat semua yang termampu.

Bermula selepas solat Isya', beristghfar, berselawat, berzikir dan bertasbih semampu yang boleh.
Bangun di sepertiga malam , lakukan solat sunat Tahajjud , Tasbih dan Witir sebanyak yang mampu. Berdoa memohon sesuatu ka hadrat Allah dan doa kepada ibu bapa..



Berpuasa pada siangnya dan buat amal yang lainnya.
Beramallah sekadar kemampuan iman masing - masing.
Kalau tak dapat semuanya, janganlah tinggal semuanya.
Sekurang - kurangnya beramallah pada siang dan malam 27 Rejab kalau tak dapat beramal pada hari lainnya.

Bulan Rejab adalah bulan Allah.
Paling istimewa kelebihan dan balasannya...

SALAM ISRA’ MIKRAJ dari kami…

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.