-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 13 Jun 2013

HARUKUNING!!! SEISI KELUARGA DITIPU KERANA KILAUAN EMAS DI ASTRO

PEMBACA
"ALA....Ibu ni...Anas nak tengok bola ni". "Jangan nak ngade! Ibu nak tengok Masterchef Celebrity ni kan kakak kan kan kan..". Marah saya pada Anas sambil menjeling pada anak dara yang sememangnya sejiwa kalau kami menonton tv...ahaks!.


"Huh! REDHO ajelah kalau dua DAK EMPAN dalam rumah ni dah pegang remote Astro". Dengan muka boring Anas perli kami berdua..

Baru jer nak layan komen Rozita Che Wan dalam Masterchef, Aniq dengan selamber tukar chanel KILAUAN EMAS rancangan kegemarannya. "Adik! Kan ibu dan kakak ngah tengok Masterchef...nape tukar?" Kakak dah mula marah sambil rampas remote dari Aniq.

 "Ala...boringla cite tu, adik nak tengok Kilauan Emas jugak". Aniq dah mula berperang dengan kakaknya.. "Adik...kan ni siaran ulangan dah banyak kali tengok". Saya memujuk

Dalam dok ribut kecoh tu, triba triba suami yang baru siap solat sampai, dia ambik remote dan bukak chanel Nasional Geographic siaran kegemarannya.  Semua anak beranak terpaksa diam dan mengalah maklumlah takde siapa berani melawan tindakan si ayah. Masing masing muka boring terpaksa tengok Nasional Geographic ...

triba triba Aniq berkata "Bosan plak!Jom kita main nyorok nyorok nak". Aniq memberi idea yang sememangnya kami sekeluarga amalkan untuk mengeratkan talian keluarga...walaupun main nyorok nyorok ni dalam rumah dan kami saja terlibat tapi ianya amat menyeronokkan kerana berlakunya gelak ketawa,usik mengusik...."Ibu suker! Ibu suker jom jom ". Saya sangat teruja

"Babapun nak join...errr.. kita ooo two som dulu siapa jadi". Suami yang nampak garang tapi amat sporting juga teruja. "Biar Aniq jadi". " Tak molah Aniq jadi dulu ibu...Aniq suka menipu masa kira...selepas 15 terus dia sebut 20 "… Kata si kakak yang menyebabkan saya tersenyum.

"ALA...itu dula kakak Liot sekarang Adik dah pandai kira...yelah nanti Adik kira sampai 30". Wah! Ini dah bagus...masing masing mencari tempat untuk menyorok sambil mendengar Aniq mula mengira dengan kuat.. Si Anas berusaha nak sembunyi dalam almari baju tapi tak muat sebab badannya dua kali ganda saiz almari baju…  ahaks!

Si kakak pula dapat menyelit dicelah birai katil dan ditutup badannya dengan cadar. Saya dan suami pula berasak asak nak masuk ke tandas...... Kedengaran Aniq dah mengira sampai no 11! "Baba ni...nyorok tempat lainlah, Nur dah cop sini" Kata saya pada suami yang tergaru garu sambil memandang ke syiling dapur...eh! "Tak kan nak nyorok atas syiling plak baba"

Hampir 10minit menanti dalam bilik air sambil sempat menjeling pada suami yang kakukan dirinya menjadi PEPATUNG ditepi ampaian kain..."Tak abis kira lagi ke si adik ni" Bisik saya dah mula resah dalam suasana sunyi sepi itu...Lama sangat niii! Lalu saya keluar dari bilik air dengan aksi perlahandan terintai intai takut diterjah Aniq triba triba!

Belum pun sempat saya ke ruang tamu suara kakak dah kedengaran" BERTUAH PUNYA ADIK!!!!!!  Saya dan suami yang keletihan menjadi PEPATUNG tadi segera ke ruang tamu untuk tahu apa berlaku....Hahaharuuu tak terkata bila melihat ANIQ SELAMBER MELAYAN KILAUWAN EMAS DI ASTRO SORANG-SORANG!!! Dangdut rege rege rege dangdut rege... eh eh!!.. HUH!!




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.