-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 13 Jun 2013

GEMPAR! MISTERI DISEBALIK MENARA UMNO TUMBANG DI PULAU PINANG

PEMBACA
Pulau Pinang digemparkan lagi setelah isu Jambatan runtuh yang masih hangat diperkatakan dan siasatan sedang dijalankan, kini menara dibangunan UMNO pula tumbang dipukul angin kuat yang memaksa banyak pihak untuk merungkai disebalik kejadian Misteri ini.


Bagi pihak polis mereka akan membuka kertas siasatan untuk memanggil saksi saksi yang terlibat. Difahamkan ANGIN telah ditahan reman untuk membolehkan siasatan dijalankan. Menteri Dalam Negeri pula berkata " Jika betul kejadian ini disebabkan oleh angin maka beliau tidak teragak agak menarik balik Kerakyatan ANGIN".

Di pihak SPRM pula mereka akan turut menyiasat ANGIN yang dikatakan sebagai punca utama menara itu tumbang. Siasatan ini perlu dilakukan untuk memastikan indek rasuah dan kadar kekuatan angin dapat dibendung jika melibatkan kepentingan UMNO. Menurut seorang pegawai SPRM yang ditemui berkata      "Saya akan pastikan tiada unsur rasuah oleh ANGIN".

Menurut pihak Bomba pula mereka masih tidak dapat memastikan jumlah kerugian yang dialami cuma mereka dapat nyatakan yang jumlah kerugian UMNO lebih tinggi disebabkan kejadian ini.

Pihak media arus perdana pula sedang berusaha untuk menukar tajuk berita ini dengan mendakwa bangunan itu bukan lagi milik UMNO tapi milik DAP. Gambar dan video tempat kejadian sedang di edit sebijak dan sebaik mungkin.

Tapi kenyataan dari pihak SPR tentang kejadian ini telah mengejutkan banyak pihak iaitu mereka berkata ANGIN KUAT bukanlah pengundi disitu tetapi RIBUT KENCANG. SPR juga mengingatkan pembangkang agar tidak menjadikan isu ini sebagai modal kempen politik mereka kerana SIASATAN SEDANG DIJALANKAN..

Seorang penyokong kuat UMNO yang juga ketua bahagian pula mendakwa "Angin itu sebenarnya adalah angin ahmar dan minyak angin yang telah digunakan oleh pembangkang bagi memalukan UMNO Pulau Pinang kerana mereka hendak menutup isu JAMBATAN RUNTUH YANG DIBINA OLEH DAP”..








0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.