-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 14 Jun 2013

BILA TONG DERMA MASJID DILAWAKKAN.

PEMBACA
Kisah ini cuma akan lebih dirasai jika anda rajin menunaikan sembahyang Jumaat dibanyak tempat. Tapi jika anda tak pernah sembahyang Jumaat memang anda tak akan rasai pengalaman ini. Setiap masjid ada cara tersendiri untuk mengutip derma, ada yang letakkan tong,ada yang gunakan kotak beroda yang dihulur dari seorang Jemaah ke Jemaah yang lain.

TAPI apa yang menarik dan jadi lawak ialah bila kita TERLUPA BAWA DUIT pasti kita akan serba salah pada jemaah disebelah yang hulurkan kotak beroda tersebut.

Kena pulok Jemaah tu baru masukkan duit mesti kita jadi segan kan dan terpaksa buat muka selamber tolak kotak tu pada jemaah disebelah.

Jadi segan juga bila kita tertengok jemaah sebelah masukkan note RM10 sedangkan kita cuma masukkan duit biru ...itupun siap dilipat supaya jemaah sebelah tak perasan walaupun kita tahu hulur derma itu ikhlas tanpa ada had nilai tapi sebagai manusia perasaan segan dan malu tetap ada.

Akhir kata rajin rajinkanlah solat Jumaat kerana dirumah ALLAH saja semua itu dapat dirasai..



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.