-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 22 Jun 2013

BERDENDAM KERANA JEREBU

PEMBACA

Macam biasa aktiviti malam saya selepas angkat kain ehh! ialah melayan anak menyiapkan kerja sekolah hingga kadang kala saya yang nampak berlebih tentang kerja sekolah dari anak sendiri yang ambil endah tak endah.


Tersentak melihat berita paras Jerebu dalam negara kita ditahap membimbangkan....rasa tak jadi pula niat nak ajak suami makan diluar bersama anak anak setelah siap melipat kain .........

Triba triba anak  si Aniq bertanya....

" Jelebu kat mana ibu...." 

" Indonesia Aniq..Oklah, biar ibu terangkan...jerebu ni disebabkan oleh asap yang berpunca dari pembakaran terbuka..mungkin di Indonesia mereka sedang buka ladang baru jadi mereka lakukan pembakaran terbuka yang menyebabkan Jerebu melanda negara kita..." Terang saya panjang lebar...maklumlah tak mahu Aniq yang terkenal dengan "sikap banyak soal" bertanya lagi.

" Nampak benor ibu tidak FOKUS PADA SOALAN". Kata kata Aniq menyentapkan saya. 

" Apa sayang...salah kee penerangan berilmiah ibu tadi..." Kata saya yang mula bengkek dituduh tidak fokus pada soalan.

" Iyelahh!! Aniq tanya JELEBU dimana...bukan JEREBU lah ibuu..." Marah Aniq menyebabkan saya malu malu sambil mendengar si suami (Baba) ketawa berdekah dekah dari atas sofa sebelah. 

" La..ye kee...malunyeee......Jelebu tu di Negeri Sembilan sayang..eh! Kan kita pernah pergi .." Kata saya sambil memandang Babanya untuk kepastian.

" Iyee...kita pernah pergi Jelebu  dan Baba tak akan lupa satu peristiwa lawak rukunnegara dari Aniq ...kan kan kan kan..." Kata Suami yang memberikan kepastian sambil menjeling pada Aniq.

" Bila ibu...Aniq lupalah.."  

" Hak hak hak......siapa boleh lupa peristiwa paling tragis dan lawak berlaku diJelebu tu..." Anak sulung Anas pula bersuara sambil menahan gelak.

" Betul tuuu..." Saya pun mula menahan gelak kerana teringat kisah lampau semasa kami sekeluarga hadiri majlis kawin rakan suami diJelebu...

Kami sesat dalam kampung ,jadi berpusing pusing jugalah mencari rumah pengantin...dalam terkial kial sekeluarga mencari arah itu triba triba Aniq yang sedang Tadika masa itu menjerit dari belakang tempat duduk belakang kereta..."

"ANIQ NAMPAK DINASORRR.......CEPAT BABA LARIII".. Kami semua terperanjat!! Mana mungkin dalam kampung dan di negara kita ada Dinasor..

" Biar betik Aniq...mana mana.." Tanya Anas .

"Ituuu........" Kata Aniq sambil menunjukkan sekawan kerbau disawah...Huh!! Apa lagiiii...ketawa berdekah lah kami bertiga gelakkan Aniq sampai Babanya berkata..

" Kesiannyalah anak kita nii...inilah kalau dah lama sangat duduk kawasan bandar....kerbau dengan Dinasor pun tak tahu beza..."

Dan malam ini kami kami bertiga ketawa bila ingatkan kisah Dinasor melainkan Aniq yang merah padam mukanya kerana malu...

"Ibu...tadi ibu kata Jerebu disebabkan oleh asap kan...DALAM RUMAH KITA PUN NANTI AKAN ADA JEREBU..." Aniq mula bersuara setelah kami semua penat ketawakannya.

" Iskkk! Mula nak mengarut tu...tak kan lah.." Kata saya sambil lipat baju .

" Ituuuuuuuu!! Tak percaya tengok nantiii..." Aniq berkata sambil menuding jari pada suami yang sedang berusaha untuk menghidupkan Curut yang harganya sama dengan sekilo beras..huh!! 

" YELAH! YELAH! Baba hisap kat luarrr..." Kata si suami yang perasan gelagatnya diRENUNG dengan tajam oleh kami bertiga .

" Yess!! Main main sama ANIQ O.....". Kata Aniq bangga dapat mengenakan babanya semula sambil mengeluarkan ayat perli yang sering digunakan babanya bila dapat MENGENAKAN anak anak.."Main main sama Dukun Pasir.." .......

Nampaknya dendam Aniq terbalas ....ahakssssssssss!! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.