-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 6 Jun 2013

AKSI ROMANTIS 3.20 PAGI

PEMBACA
Kini tiba giliran yang di JB......apa boleh buat dah itu keputusan dan jalan hidup yang dipilih, kena terima dan kena teruskan selagi ada hayat. Walau penat tapi semangat nak berjumpa anak isteri menyebabkan hilang penat.......lagi lagi si Isteri yang memang kebetulan sibuk hari ni masih sempat hantar SMS bertanya kedudukan perjalanan.......

"Awak dah sampai mana? Kita sibuk sikit hari ni...nanti awak beritahu ...jangan laju memandu tu...awak tu bukan pelumba tauu".



Sebelum sempat sampai di JB, kereta pula meragam. Waktu dah hampir petang....terkial kial keseorangan ditepi jalan untuk memohon bantuan. Nasib baiklah ada pemandu yang berhenti untuk menghulurkan bantuan. 

Kereta ditarik ke bengkel berdekatan...Bincang punya bincang kereta perlu siap sekarang juga lagipun masalahnya tidaklah sebesar mana.....sambil tunggu kereta siap, telefon si Isteri memaklumkan kerosakan. 

Tapi si isteri sibuk nak datang menjemput...tetapi tidak dibenarkan kerana kita tahu setiap khamis dia memang sibuk , pesan pada si isteri ...tunggu sajalah dirumah lagipun kereta boleh siap malam ni juga........

Tup tap tup tap sedar sedar hampir 1 pagi baru sampai ke JB ,memang pasti si isteri resah menanti...sms dan telefonnya tak berenti dari tadi.....Suara akhirnya malam ini berbunyi begini.....

" Awak.....nanti dah sampai awak kejut! Kunci kita letak dalam pasu bunga......" 

Dah hampir nak sampai rumah.......perut baru terasa lapar maklumlah ingatkan tadi sempat bawa anak isteri makan diluar malam ni...tak apalah! Singgah makan sekejab balik boleh terus rehat kan diri setelah hampir seharian dalam kereta.  

2.45 pagi ......baru sampai rumah......kunci yang diletak didalam pasu bunga diambil...pintu dibuka sepelan yang mungkin.....Masuk saja dalam rumah terlihat si Isteri lena diatas sofa dengan tv tidak ditutup...ahh!! Pasti dia kepenatan menunggu saya pulang...

Perlahan tv ditutup sambil senyum melihat raut wajah isteri yang lena diatas sofa......terus melangkah ke dapur...biasalah saya sebelum tidur perlu minum air suam lagipun selepas ni nak angkat si isteri masuk kedalam bilik kena lah kuat kan kan hahaha.....

Sambil duduk minum air...tangan sengaja bukak tudung saji ...kata orang sesaje nak tengok apa anak bini makan tadi...Ya Allah!!

Rupanya si isteri dah siapkan hidangan makan malam....Tersendak sebentar melihat lauk dan nasik yang sempat dibuat si isteri walau dia sibuk....Macam mana?? Perut masih kenyang!! 

Termenung saya sebentar sambil melihat hidangan yang tersusun belum lagi terusik sambil sesekali menjeling pada isteri disofa.Bimbang dan demi menjaga hati isteri yang bersusah payah pinggan diambil untuk menjamah setakat mana yang dapat diterima perut malam itu.......

Sedang mengambil seekor ikan goreng......

" Awakkkkkkk! Bila sampai...kenapa tak kejut Nur ". Si Isteri triba triba menjelma sambil sempat mencium tangan kanan.

" Baru jee... You dah tidur ..tak mo ganggu...." Kata saya sambil senyum ....senyum bukan kerana apa...kerana perlu habiskan hidangan yang dihidang isteri didepan mata,karang makan sikit banyak pula dia tanya ...

Hati begitu tersentuh bila melihat isteri mengambil pinggan ,cedok nasi dan mula makan bersama......

" Awak belum makan sayang......" 

" Belum! Kita tunggu awak sampai...anak dah makan dah..." Terkelu lidah mendengar jawapan isteri+Nur Camelia Huda   yang MEMBERIKAN SERIBU MAKNA ...



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.