-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 1 Jun 2013

AIR TERJUN 10 TERBAIK DALAM DUNIA

PEMBACA
Jambatan terbaik dalam dunia kita dah tengok, kini kita tengok pula air terjun 10 tercantik ,terhebat dan pelbagai ter lagilah........semuanya tanda kebesaran yang maha esa.....sambil tengok ni nanti sebutlah Subhanallah.....nescaya mudahnya anda peroleh pahala sambil tengok artikel ni kan kan kan kan...
Kaieteur



Terletak di Potaro River, Guyana, ianya sebuah air terjun yang unik sebab berbentuk segi empat tepat dan merupakan salah satu air terjun tertinggi di dunia, Ianya setinggi 741 kaki dengan kelebaran mencecah 370 kaki.
Bukan tu je, air terjun nie gak terletak di kawasan yang masih lagi terpelihara dari sebarang penerokaan. So kira ianya masih mengekalkan keadaan asli dan semulajadi.
Dettifoss



Merupakan sebuah air terjun unik dari Iceland. Ianya adalah antara air terjun di Eropah yang paling berkuasa. Ianya mampu mengalirkan salji yang cair atau glasier. Ianya jugak macam air terjun Kaieteur iaitu masih lagi terpelihara keasliannya.
Air terjun nie merupakan gabungan dari 3 air terjun yang mengalir dari sebuah sungai yang sama dan dianggap sebagai Grand Canyon Iceland. Hmm.. Dengar Grand Canyon pun dah tau memang sangat besar dan dalam.


Gullfoss


Ikut namapun korang sure dapat agak kat mana air terjun nie berada, kan? Betul, ianya terletak kat Iceland di sebuah wilayah bernama Haukadalur.

Air terjun nie bersaiz luar biasa besarnya dan merupakan salah satu kebanggaan rakyat Iceland.


Airnya adalah dari sungai Hvita dan menariknya, pelangi mudah terbentuk di setiap sudut air terjun nie.

Sutherland


Air terjun dengan ketinggian 580 meter nie terletak di Fiordland National Park, New Zealand dan turut tersenarai dalam World Heritage Area dari UNESCO kerana keindahan semulajadinya.

Kawasan air terjun nie terletak di Milford Track, iaitu kawasan penjelajahan pejalan kaki terbaik di dunia. Sesiapa yang berkunjung di New Zealand wajib lawat kawasan nie.

Yosemite





Air terjun Yosemite, Amerika Syarikat nie adalah antara air terjun yang ikut mood dia. Hehe.. Sebabnya bukan selalu ianya mengalir cantik dan mengikut pengalaman mereka-mereka yang melawat kawasan nie, pada musim bunga barulah air terjun Yosemite nie akan mengalir dengan baik dan aliran airnya adalah setinggi 2,425 kaki dan kalau korang pergi melawat masa musim salji, korang cuma akan nampak air sungainya yang membeku saje.

Ianya terletak di California dan merupakan tarikan pelancong dan senang nak mengunjungi kawasan nie.

Angel


Dengan namanya yang curlass nie, ianya jugak melambangkan beberapa misteri di sebalik air terjun nie. Yang pertamanya, air terjun nie mengalir dengan relax tanpa gangguan dan keduanya ia mengalir dengan ketinggian setinggi 807 meter dari sebuah gunung dengan permukaan rata.

Ada sesetengah pihak beranggapan hal nie tak logik namun ianya adalah realiti dan tidak senang untuk meneroka air terjun nie. Tambahan pulak kawasan air terjun nie selalu ditutupi awan yang dikenali sebagai Tepuy. Menarik, kan?
Plitvice


Sebuah kawasan air terjun yang tersangat la cantik terletak di utara Dalmatia, Croatia. Apa yang menarik adalah air terjun nie bukan mengalir tunggal tapi terdiri dari beberapa air terjun yang mengalir dari tempat dan ketinggian yang berbeza. Air-air terjun menghasilkan beberapa kolam yang airnya cukup jernih dan berwarna-warni.

Ianya terkenal sebagai destinasi pelancongan dan kerajaan Croatia mengambil inisiatif membina ruang pejalan kaki yang membolehkan para pengunjung berjalan di bawah, di tepi dan di atas kawasan air terjun nie. Terbaekk!!
Niagara


Air terjun nie sape yang tak pernah dengar memang pelik la. Terletak di Ontario, Amerika Syarikat, ianya merupakan air terjun terbesar di dunia dengan kekuatan air mencecah 2.8 juta liter sesaat!!

Walaupun kawasan sekelilingnya takde la cantik manapun tapi dengan kehebatan air terjun nie, ianya dahpun melayakkan air terjun nie sebagai salah satu kawasan paling menarik di dunia.
Victoria




Air terjun tunggal terbesar di dunia dengan luas bidang sejauh 1.7 kilometer dan setinggi 108 meter nie terletak di Zambia.

Ianya mengalirkan 1 juta gelen air sesaat secara purata dan juga merupakan kawasan semulajadi yang diiktiraf oleh UNESCO.
Iguazu




Air terjun yang terletak di Argentina nie mengalir selaju 1.3 juta liter sesaat dengan kecuraman sejauh 2 kilometer dan terbentuk dari 275 air terjun kecil.

Kawasan air terjun nie memang menakjubkan dan menarik untuk dikunjungi selain dari muzium Maradonna. Kata orang lebih baik pergi tengok air terjun ni dari anda tengok konsert Madonna...ehh!! 

SUMBER- KLIK SINI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.