-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 12 Jun 2013

10 CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

PEMBACA
Pernah dengar perumpamaan rambut mahkota wanita? Musti semua pernah dengar, kan? Selain rambut, MATA juga aset terpenting untuk wanita mahupun lelaki. Apa orang kata cinta datangnya dari mata, terus turun ke hati??! An an an… hehe

Kalau mata kita segar dan cantik, secara keseluruhannya kita memiliki tubuh yang sihat. 

Kat bawah ni saya nak share sikit tips… meh baca meh…


Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

Perbanyakan makan makanan seperti pisang, kismis, kubis dan jus.

Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.

Kurangkan pengambilan garam berlebihan. 

Letakkan 2 sudu logam di dalam peti sejuk dan gunakannya setiap hari dengan meletakkan belakang sudu pada mata.

Celup kapas kedalam susu dan sapukan pada bahagian mata. Biar selama 20-35 minit, kemudian bilas dengan air.

Selamat mencuba hingga berjaya!!


1 Mesej diterima:

Good info....
http://khainuar.blogspot.com/2012/12/petua-kecantikan-semulajadi.html

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.