-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 Mei 2013

UJIAN UNTUK SUAMI ISTERI .......perlu baca tuan puan!

PEMBACA
Teringin sangat Rais untuk makan cucur bawang yang dimasak isterinya,ditambah pula makan dalam suasana hujan...memang sangat menyelerakan. Semakin laju Rais memulas motornya meredah dalam hujan membawa tepung dan bawang untuk dimasak isterinya. 



"Saya pun baru balik kerja ni...penat juga! Patut patutlah nak suruh masak pun". Luruh hati Rais bila isterinya berkata begitu. Terduduk dan diam dia seketika. Hendak masak sendiri Rais memang tidak pandai. Hampa dan kecewa hatinya sambil menyimpan tepung dan bawang tersebut sambil berlalu mendapatkan anak anaknya yang sibuk menonton Kilauan Emas......

Walaupun kempunan dan sedih...Rais perlu terima kerana dia faham isterinya juga bekerja untuk menyara keluarga. Akhirnya Rais tertidur dalam angannya makan cucur bawang yang sering dimasak isterinya diawal perkahwinan mereka dulu.

Sementara itu diwaktu yang sama cuma berlainan negeri, Huda masih menanti suaminya pulang dari kerja. Risau kerana hujan turun dengan lebat...risau juga kerana Huda sudah siapkan cucur bawang kegemaran suaminya untuk  dijamah petang itu. Awal lagi dia sudah berpesan pada anak anaknya , tunggu "Abi" balik baru kita makan sama sama.

Sudah jam 7.30  malam baru suaminya muncul dipintu rumah....

"Abang ...Huda ada masak cucur bawang...mesti abang suka kan, jom kita makan dah lama anak tunggu. "

"Ala...Abang dah makan kat warung petang tadi...makanlah dengan anak anak......" Huda terdiam mendengar jawapan suaminya. Hatinya kecewa ........Cucur bawang yang dimasaknya tadi dirasakan sangat pahit untuk ditelan.....

Memang kita nampak dua perbezaan si suami dan si isteri dalam situasi diatas....mesti kita terfikir kenapa Allah tidak menjodohkan Rais dengan Huda yang nampaknya lebih serasi, tapi kita tidak tahu sebenarnya Allah itu sebaik baik perancang.......Ikuti kisah seterusnya.

Jodoh Rais dan isterinya tidak panjang kerana isterinya telah pergi dulu mengadap ilahi kerana sakit kanser.....begitu juga dengan nasib Huda kerana suaminya bermain kayu tiga. Dengan ketentuan Allah.......

Rais bertemu Huda semasa mereka sama sama terlibat dalam acara memanah peringkat sekolah yang disertai anak masing masing. Bibit perkenalan mereka diakhiri dengan perkahwinan yang bahagia hingga kini.......kenapa mereka sangat bahagia dan serasi? Kerana mereka berdua telah MELALUI PENGALAMAN PAHIT manis dalam perkahwinan sebelum ini..........itulah bijaksananya Allah merancang jodoh dan pertemuan seseorang.....

" Sedaplah cucur bawang ni kak Nur...nak bungkus boleh?" Kata saya sambil gementar dan berdebar menanti jawapan tentang ARTIKEL ini dari  Kak Nur yang juga adalah +Editor Nur Camelia Huda isteri kepada +Dukun Pasir JOMGELAKFM  yang kisahnya anda telah baca diatas ...hahahaha! 

Moral dari kisah diatas............HARGAILAH PASANGAN MASING MASING WALAU KITA PENAT MACAM MANA SEKALIPUN.

+JOMGELAKFM Penternak !!.........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.