-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 17 Mei 2013

REZEKI AYAT DARI SERIBU DINAR

PEMBACA
Dah banyak rumah yang saya pergi ada tergantung AYAT 1000 DINAR . Saya hanya tersenyum sambil memandang 

Persoalannya, adakah penghuninya hafal ayat ini dan mengamalkannya atau sekadar menggantungnya didinding mengharapkan Allah memberikannya rezeki yang mungkin bergolek ?

Ada sekali tu saya menonton program agama, tapi tak ingat lah pulak apa tajuknya Ustaz tu dengan senyum sambil berkata sinis , "ORANG KITA SUKA SANGAT GANTUNG AYAT NIH KAT RUMAH MEREKA". Ayat nih kita perlu amalkan sebagai doa dan zikir . Bukan gantung kat dinding untuk buat perhiasan !

Malah ada juga yang gantung kat pintu premis perniagaannya . 

Apa yang saya tahu, kononnya bila premis perniagaan tu gantung ayat nih , maknanya untuk tujuan pelaris .Di situ dah berlaku syirik dengan sengaja .

Adik saya, Manja (panggilan keluarga) seorang guru di sebuah Sekolah Menengah di Damansara.. dia ada pengalaman dengan ayat nih .Satu hari di bulan Ramadhan , sedang dia berjalan keluar dari kelas , dia terjumpa ayat nih di dinding , maka dia pun bacalah . semasa menuruni tangga, triba-triba dia terserempak dengan GPK menyampaikan pesanan Pengetuanya di dalam sampul surat. Adik saya kehariranan dan bertanya , apa nih ?Jawabnya ringkas sahaja , pengetua kirim salam .Tiba di bilik guru , terus lah buka ...Alhamdulillah , itulah yang kuar dari mulut bila ada duit raya RM500-00 kat dalam tu. Sebenarnya , sehari sebelum tu kereta adik saya rosak, sedangkan 2 minggu lagi nak sambut raya .Maka adik saya teringatlah AYAT SERIBU DINAR yang baru beberapa minit dibacanya.
SUBHANALLAH ! SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGASIHANI , MAHA PENYAYANG DAN MAHA MENDENGAR....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.