-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 30 Mei 2013

PERKATAAN FAMOUS BILA CUTI SEKOLAH

PEMBACA

Cuti sekolah dah bermula. Anak-anak cuma habiskan masa kat umah je . Tonton Astro, Astro dan ASTRO .

Masa zaman saya sekolah dulu, ish... banyak aktiviti tau. Maklumlah duduk kat kampung Lagi la kalau musim hujan cenggini.. an an an?


Pernah satu ketika tu, hujan lebat, so parit kat depan umah tu pun penuh lah dengan air, takkan penuh dengan gandum pulok.. ahaks!!. Saya pun join la abang dan anak lelaki jiran yang sebaya saya. Ambil kelapa tua wat pelampung, Pastu pegi la berenang. Walaupun masa tu air agak deras, tak lak rasa takut. Triba-triba ayah datang dengan kayu di tangan. "Nak naik ke tak?? Tak naik, sebat nanti.!!” Dengan muka tak puas hati, saya terpakselah naik ketebing parit..

Tak habis lagi, mak pulok bising...

" JANGAN main kat tepi parit, nanti tergelincir "
" JANGAN main kat dalam parit, nanti ada ular
" JANGAN main hujan, nanti demam. "

Aduhai ... rindu lak nak balik zaman tu ek?? .

Bila perati anak-anak menghabiskan cuti sekolah, perkatan tuh juga yang popular .

" JANGAN buat sepah, penat ibu kemas "
" Nak tengok tv boleh, tapi JANGAN buat apa-apa kat bilik mak usu"
"JANGAN bising la ! Baba nak tengok tv satu patah haram pun tak dengar." Jerit si ayah pulok…

Segalanya JANGAN .

+Editor Nur Camelia Huda 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.