-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 21 Mei 2013

NASIHAT YANG TIDAK SIHAT ..........eh!

PEMBACA

Malam sudah tiba, tapi entry masih dalam editing. Di malam yang hening disinari rembulan, ada bulan ke??? Lambatnya nak malam jumaat... heheheeee...



Malam ni nak berkisah tentang KISAH BENAR. Kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut...

Si ibu bercerita pada A.
A sampaikan pada B.
B meluahkan pada saya...
Luahan yang menyentap jantung saya.

Cerita bermula bila si anak yang belajar di MRSM dihantar membuat A level kat sekolah ANTARABANGSA sebelum melanjutkan pengajian di LUAR NEGARA. Si ibu dan ayah sangat berbangga dengan kecerdikan anaknya. ANAK MUSLIMAH SEJATI yang sangat patuh pada agama dan ibubapanya.

Cuti semester pun tiba. Si anak pulang ke rumah ibubapanya. Maka terkejutlah si mama dan papa bila lihat anaknya memakai mini skirt di atas peha. Bajunya??... pembaca fikirlah sendiri.

Si ibu bertanya; "kenapa pakai cenggini?" dengan selamba, si anak menjawab "International school ni bebas bersosial, Pelajar lelaki bebas keluar masuk ke asrama perempuan, Pergaulan kami sama seperti di BARAT!"

Si ibu mula curiga. Maka dia bertanya dari hati ke hati sebagai PEREMPUAN ;

Si ibu bertanya; "Ada boy friend tak?"
Si anak menjawab; "Ada"
Si ibu bertanya lagi; "Bangsa apa? "
Si anak menjawab; "India"
Si ibu terus bertanya; "Dah buat hubungan seks?"
Si anak selamba menjawab; "Dah. Selalu . Ini social life kami"

Tersentap si ibu. Bagai mahu terhenti jantungnya ketika itu. Maka si ibu berbincang dengan si bapa. Apa yang harus dilakukan terhadap anaknya ini?

Setelah mencapai kata sepakat bersama bapanya, si ibu nekad. "Anakku, pakailah kondom bila kamu melakukan hubungan seks. Jangan sampai mengandung. Belajarlah rajin-rajin supaya boleh sambung belajar ke luar negara dan menjadi manusia berguna."

Bila saya fikirkan, KASIH IBU, BERKORBAN APA SAJA ... Walaupun DI SANA nanti terpaksa menanggung dosa anaknya. Walaupun kaki itu sukar menghala ke SYURGA!

Semoga si anak, bila kembali ke bumi Malaysia dengan kejayaan, tidak lupa PENGORBANAN IBUNYA. Tidak juga menyisihkan ibu dan bapanya .Tidak lupa untuk bertaubat dan mencari semula TUHANNYA… Tidak lupa bahawa MATI itu akan menjemput bila-bila masa!

SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADANYA, MEMBUKA PINTU HATI NYA... SESUNGGUHNYA, KITA TAKKAN BERJAYA TANPA IZIN - NYA JUA ...



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.