-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 16 Mei 2013

DIAMBIL NYAWANYA DITIANG ZAKAT........Subhanallah!

PEMBACA
"Bila ? "

"Jumaat ni ...dalam tengahari......"

"Gila koo.......tak kan nak pergi waktu tu........."


" Waktu tengahari tu la jalan tak jem bodoh! Semua orang solat Jumaat...".

"Tau tak....aku dah tiga kali tak solat Jumaat...Ni ko ajak gi Ipoh plak...marah bini aku kang......"

" Ko ni takut bini ke takut tuhan? Kalau takut bini ko solat pun belum tentu masuk syurga la bro......"

"Bini ko camne? Apa ko temberang dia......"

" Wife aku no hal. Urusan kerja la apa lagi...". 

"Encik.....kami dari Pusat Zakat ...sila ambil pamplet ni..terima kasih! " Triba triba petugas zakat menghampiri mereka berdua yang sedang minum dan berbincang itu.

" Ok......ok......". Kata Fauzi sambil membelek belek pamplet tentang Zakat yang diterimanya. Telinganya terasa panas kerana merasa seakan diperli kerana memang dia tak pernah mengeluarkan zakat atas rezeki yang diterimanya selama ini...tapi Fauzi cuba senyum dan menyembunyikan kesalahannya itu.

" Emm......ko pernah bayar zakat ke Zee". Salman bertanya

" Hahahaha.....macam ko bayar...". Usik Fauzi pada Salman sambil mereka ketawa. 

........

Pagi Jumaat itu mereka berdua pun bertolak ke Ipoh atas tiket "PENIPUAN URUSAN KERJA" kepada isteri masing masing sedangkan mereka sebenarnya ada " TUGASAN MAKSIAT " bagi  melepaskan nafsu masing masing .

Malang tidak berbau kerana Allah lebih sayangkan mereka. mereka terbunuh dalam kemalangan ngeri... dan Allah hendak beri petunjuk pada kita, TIANG YANG DIREMPUH MEREKA ITU TERDAPAT POSTER TENTANG ZAKAT.....Subhanallah! 


INGATLAH ......DIDALAM REZEKI KITA ADA HAK ORANG LAIN.....

Selamat menunaikan solat Jumaat. 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.