-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 Mei 2013

CONTENG CONTENG dari EDITOR KANTOI Identiti

PEMBACA
Assalamualaikum semua, harap urusan hari ini berjalan dengan lancar. Juga hati kita gembira melaluinya tanpa sebarang gangguan yang tak dijangka. 


"Dia tu solat ke tak? Kenapa muka dia nampak hitam, tak berseri langsung!" Saya selalu dengar ungkapan ni. Ada juga orang yang suka tanya saya perkara ni terhadap seseorang. Bila tengok air muka si yang bertanya tu taklah secerah ustaz-ustaz yang selalu berceramah kat tv pun. Stop!!! Dah jadi mengumpat lak ...Kalau si polan tu banyak buat kerja luar, berpanas, sure lah muka tu bergeragat dan sunburn an an an??

Ibadah tu sebenarnya antara kita dengan Allah. Siapalah kita nak menilai orang lain. Kita nampak ke ibadah yang dia buat? Kita tau ke kalau dia selalu bangun malam buat tahajud atau kiamullail? Kita tahu ke dia banyak bersedekah dan menderma? Hanya Allah saja yang tahu, hanya Allah saje yang boleh menilai manusia. Kita ni manusia , hanya seorang hamba yang amat kecil di mata Allah .Kalau hati kita ni baik, seorang muslim sejati , kita takkan sekali-kali mempertikaikan ibadah orang lain. Malah kita akan ajak orang itu ke arah kebaikan.

Adalah lebih baik tanya diri sendiri, sudah cukupkah ibadah, amalanku ? Touchup mana yang perlu. Isi mana yang kosong. Lagi banyak yang kita buat dan cari, lagi banyak kita rasa kekurangan.

Sudah banyakkah pahala, sedekah, amal jariah yang aku buat? Adakah aku menyakiti hati orang lain? Adakah aku berburuk sangka tanpa usul periksa?

Itulah yang sepatutnya kita fikirkan. Bukannya dok membelek fizikal orang lain sehinggakan Identiti sendiri terkantoi!!


+Editor Nur Camelia Huda 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.