-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 21 Mei 2013

AYAM MASAK YANG MEMANG MERAH

PEMBACA

Setiap orang ada pengalaman lucu semasa remaja. Maklumlah dalam melalui proses nak membesar ni memang teruja sangat nak cuba semua benda. Tapi tak semua perkara pun kita boleh buat kan kan kan??



Pada masa ni saya berumur 16 tahun. Satu hari mak suruh saya masak ayam masak merah. Saya err..err.. jarang masak kat dapur... Jadi dengan rasa confidentnya, saya pun buatlah apa yang mak suruh.

Selepas masukkan cili kisar dan sos cili, saya gaul sebati. Tapi saya pelik lah nape warnanya tak jadi merah macam mak selalu masak. Warnanya nampak kusam. Tapi saya memang bijak… Jadi saya pun triba-triba terfikir macamana nak jadikan sos tu lebih merah. Saya pun ambillah pewarna merah (yang mak selalu guna untuk buat sirap dan agar-agar) dan campurkan kat sos tu… Waaaah ... cantik betul warna merah ni... perfect!

Tiba masa nak menjamah makanan kat meja makan. Adik saya tanya, ehh! nape ayam ni warna merah long? Alamak! rupanya warna merah tu dah meresap kat daging ayam daaa…. Ingatkan cuma kat sos jer. Masa tu mak dah gelak dah. Dia tahu saya letak pewarna kuih kat sos tu. Saya pun cakaplah yang saya cuma nak sos tu nampak merah macam mak selalu buat. Maka mak pun beri tips lah. Cuma perlu masukkan gula kalau nak sos tu berwarna lebih gelap dan cantik. Hahahaaaa ... senang jer rupanya!

Pembaca berani tak nak makan bila tengok ayam tu ada kaler merah? Miahahaha!!
Nasib baik diaorang sporting dan makan jer ayam tu. Mereka kata, rasanya tetap ayam . Cuma kurang umph lah. 

Tapi sekarang saya dah terer masak dah… lebih terer dari terrorist.. betul… cayelah.. kalau tak caye, cer tanya +Dukun Pasir JOMGELAKFM … kan sayang kan? Heheheee ... Toinkkk!!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.