-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 16 Mei 2013

ANUAR ZAIN DALAM ISU PELUK ERAT .........

PEMBACA
Penyanyi kesayangan Shanim Trio Hot Mama ini..eh! telah memohon maaf kepada kekasih pemain bola sepak kebangsaan Shafiq Rahim seperti yang dilampirkan dibawah.






Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.

"Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.

"Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.

"Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun," jelasnya.

Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.

Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Err.....rasanya sebagai artis berpengalaman, janganlah disalahkan pihak media yang mensensasikan ISU GAMBAR PELUK ...jika kita lihat gambar PELUKAN ITU pun kita akan terkejut kerana agak lain ...ehh!! Apapun kita anggap dah selesai dan perkara sebegini tidak berulang lagi.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.