-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 17 Mei 2013

ALAHAI .........KESIANNYA KAUM ADAM NI

PEMBACA
Anuar Zain ! saya dan adik saya Shanim minat giler! Dia ni kalau nyanyi penuh perasaan ... LELAKI INI .... Ini lah cerita saya kali nih ... tentang LELAKI .

Jika dilihat daftar kelahiran di seluruh dunia , bayi yang baru lahir , jantinanya di dominasi oleh perempuan . Malah kat negara kita pun kaum adam lebih ramai daripada kaum hawa . Di universiti juga lebih banyak hawa berbanding adam . Tapi mengapa yang menjadi top management banyak kaum adam lak ??? Sebab kaum hawa diletakkan di kelas kedua . Cuma Zeti Akhtar , Rafidah Aziz antara yang berjaya memecah dominasi kaum adam nih . Macam mana perkara ni boleh berlaku ??? 

INI PENDAPAT SAYA LAH.. MAAF LE KALAU SALAH.. eh eh eh!

• Orang zaman dulu bila “BERSAMA” dengan isterinya ikut peraturan dan penuh tertib sepertimana yang di ajar oleh orang tua mereka . Beza dengan zaman sekarang yang ikut nafsu belaka . Tu yang jadi baby girl jer ... hahahaaaaa ( tuntut ilmu dulu sebelum bernikah ya kaum adam ! )

• Orang dulu ramai yang amalkan makan jamu tak kira kaum adam atau hawa . Sebab tu dia orang bila bersama dan dapat hasilnya adam lebih sikit dari hawa . Heheheeee ... 

• Kaum adam dah la ciput jer , pi lak masuk penjara berpusu - pusu. Maka makin berlambaklah si kaum hawa kat bumi ni kan !!! Bila kuar kat berita , tak kira la kat luar negara ke atau kat sini jer , yang buat jenayah memang ramai kaum adam

• Pi lak merempit ke hulu ke hilir . Pas tu lak accident dan nyawa melayang . Dah susut lagi kaum adam .

• Dadah??? Kaum adam gak yang banyak terlibat . Entahlah ...

Walaupun kaum adam boleh nikah 4 , tetap tak dapat selesaikan masalah pun . Sama ada kaum adam mahupun hawa , masing - masing ambil langkah berhati - hati demi masa depan yang lebih baik dan sempurna . Maklumlah . masing - masing ada keperluan , kelebihan dan kekurangan . Asalkan kita boleh hidup dengan harmoni tanpa mengganggu atau menafikan hak orang lain , saling membantu dan saling menyayangi sesama manusia , segalanya pasti akan berjalan lancar ... insya Allah .

Suami +Dukun Pasir JOMGELAKFM  benci sangat lagu ni..maklumlah dia bukan peminat Anuar Zain, katanya dia lebih rela PANJAT ZINK dari dengar lagu Anuar Zain ....biar dia ...biar dia....ahaks.....!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.