-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 15 Disember 2012

TEKNIK DAN SKILL MAK CIK KIAH ELAK SAMAN AES

PEMBACA


Hari ni mak Cik Kiah perlu ke Kuala Lumpur bukan untuk mencari lumpur tapi untuk melawat cucunya yang berkhatan dan kebetulan  bernama Atan . 
Makcik Kiah ditemani oleh anak bongsunya yang baru SPM dan  habis mencangkul longkang petang semalam. Kedua beranak itu mula bergerak dari Seremban menuju ke Kuala Lumpur. 

Untuk mengelakkan sesat , Mak cik Kiah membekalkan anak bongsu dengan teropong maklumlah Makcik Kiah rabun jauh..mana nak nampak signboad supaya tidak jadi macam dulu mereka terlajak sampai ke Pulau Pinang sedangkan nak ke Johor Baharu.

Selain untuk mengelakkan sesat, Mak Cik Kiah pesan pada anaknya supaya melihat SINGBOARD DENGAN HATI HATI KERANA SEKARANG NI MEREKA PERLU PATUHI HAD LAJU YANG TELAH DITETAPKAN...nanti kena saman AES ...Naya!!

"Cer teropong...kito dah masuk jalan lebuhrayo ni Ucuu.." Kata Mak Cik Kiah pada anaknya yang sedia berkhidmat menggunakan teropong jarak jauh jenama KONICIWA ! 

" Sukacito dimaklumkan  Kuala Lumpur 90km omak.."

" Yo lah!! ".." Kata Mak cik Kiah dan terus memandu.

"Dimaklumkan lagi sekalii..Kuala Lumpur 70km Omak..". Kata anak bongsunya selepas hampir 20 minit mereka bergerak...

"Dokek dah ni omak..turun 25 Km ajoo..slow omak.." Pesan anaknya 

"Omak eyyyyyyy!! kito tak payah ikut Sungai Buluh lah Omak..takut den". Triba triba anak bongsunya berkata setelah meneropong papan tanda empat lima kali untuk kepastiann...

" Apo pulokkk!! Ikut mano laii..kan dokek jalan tuuu.." Mak Cik Kiah membantah.

" GILOO APOO!! Dokek simpang tu tulihh 5OO METER..Mati kito omak..tadi omak bawak 90km pun esey dah kocot perut, inikan pulak 500km..mau pocah enjin proton Waja kito ni omak!!! .........

"Giloo apooo...Omak paling lajupun bawak 160kmj..yolah! Ikut jalan lainn......" Makcik Kiah bersungut dalam kereta.


Nak tahu kenapa?? Rupanya Mak Cik Kiah memandu ikut jarak  papan tanda ..Miahahahaha....


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.