-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 30 Disember 2012

SAMSUNG GALAKSI DAN AIR MATA ABAH

PEMBACA



"Telefon bunyi tu Ila...kenapa tak angkatt". Kata abah sewaktu kami berdua dikantin selepas siap proses pendaftaran pelajar baru termasuk aku ...Aku Diam! Aku memang tak mahu angkat handphone kuuu.......Aku seharusnya mematikan saja handphone ini...kenapa aku lupaaa?? 

" Ilaaa...angkatlah ...kawan kamu telefon berkali kali tuuu..." Kata abah kali ke dua tak kala nada dering nya kembali kedengaran selang 5 minit.!! Ahh!! Rakan rakan disebelah mula memerhatikan aku dan abah. Aku malu...Aku maluuu! Aku lebih malu nak keluarkan dan jawab HANDPHONE NOKIA 3310 milik abah yang dia hadiahkan pada akuu........pasti rakan rakan akan ketawakan akuuu....aku mencebik muka!! 

"Ila nak ketandas jab abah..! " Segera aku berlari ke tandas meninggalkan abah yang masih termanggu manggu dengan sikapku. Ditandas aku matikan terus handphone hadiah abah tanpa rasa bersalah!Aku tanggalkan BATERI KERANA GERAM!!  Aku tahu siapa yang telefon ....memang rakan rakan yang hendak kenakan aku ....Aku faham sangat perangai mereka,mentanglah aku bawa MESIN ASAH PARANG sedangkan mereka bawa Samsung Galaksi Note..Aku TERHINA!! 

Tapi aku TIDAK SEDAR AKU SEDANG MENGHINA ABAH! Menghina apa yang abah mampu berikan padaku.

Berjalan keluar dari kawasan kantin menenangkan jiwa aku....walau merasa macam masih diperhatikan aku tak peduli pandangan orang. Aku berlalu bersama  abah menuju ke kawasan asrama .......

" Ila...pinjam  telefon sekejab! Abah lupa nak telefon Hj Mansur kata ada barang akan sampai pukul 2 petang nii..." Permintaan abah benar benar meresahkan jiwa kuuu...Apa harus ku lakukan!! Aku serba salah! Tapi aku terpaksa buat muka selamberrr...selamber supaya abah faham.......SUPAYA ABAH FAHAM tiada pelajar seperti aku mahu gunakan handphone Nokia 3310 niii........

"Kenapa pula bateri tercabut ni..." 

" Nak rosaklah tuuu bah..." Jawabku tanpa rasa bersalah

Abah diam .......abah perhatikan aku ...perhatikan handphone...Aku diam, walau dalam hati merasa SEDIKIT BERSALAH DENGAN TINDAKAN KU...Tapi apakan daya.

Selesai telefon Hj. Mansor ........Abah tidak serahkan batu asah itu pada ku....Mungkin abah dah faham! 

Selesai urusan di asrama, aku dan beberapa pelajar lain diminta ke dewan untuk sesi taklimat. Hampir 3 jam aku terpaksa mengadap ,mendengar apa yang perlu dilakukan sebagai pelajar baru . Ketika itu aku hampir lupa pada abah yang menanti diluar dewan...

Sebelum abah pulang....abah serahkan sesuatu pada ku, aku tak tahu bila masa abah sempat pergi membeli dan membungkus "  hadiah ini" ......Pesannya bila 11 malam baru boleh dibuka, dan aku diminta berjanji.......Hati dan jantungku berdenyup kencang walau teruja dengan hadiah abah.

Selesai makan dan berkenalan dengan teman sebilik di asrama.....merenung ke luar jendela..... Aku rasa Abah macam ada disisiku ketika ini...aku rasa abah amat dekat. Kenapa aku ingatkan abah ketika ini?? Kenapa! 

Tepat 11 malam, aku buka bungkusan yang abah serahkan petang tadi.....Air mataku tidak henti mengalir tak kala melihat isi bungkusan itu.......Aku tahu, abah faham....aku tahu abah TERASA DENGAN TINDAKAN AKU SIANG TADI........

Sebelum aku terlena dalam kelam hati dan rasa bersalah......telefon ku berbunyiii untuk PERTAMA KALINYA MALAM ITU.......DAN PANGGILAN terakhir tentang abah 

ABAH KEMALANGAN!! ABAH DAH TIADAAA!!! 


MAAFKAN ILA ABAHHH....

Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.