-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 26 Disember 2012

PENTING-Biro Bantuan Guaman

PEMBACA


Assalamualaikum wbt para blogger semua.. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT..Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..
Saya nak ambil kesempatan untuk berkongsi sedikit INFO tentang Jabatan Bantuan Guaman (dahulunya dikenali sebagai Biro Bantuan Guaman). Sebut sahaja organisasi ini anda pasti terbayangkan petugasnya adalah bukan calang-calang orang kan? Memang ya pun, sebenarnya petugas tersebut adalah seorang peguam syarie dan rakannya pula adalah seorang peguam sivil bagi organisasi ini . (sebab tula pakaian mereka hitam putih) hehe..
Berikut beberapa info untuk saya kongsikan disini.
Apa Itu Jabatan Bantuan Guaman(JBG)?
Sebuah organisasi yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam prosiding mahkamah di Malaysia bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Siapakah Yang Layak Menggunakan Khidmat Agensi JBG ini ?
1. Individu yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM25,000.00 setahun. Pemohon layak mendapat khidmat bantuan guaman secara percuma dengan bayaran untuk khidmat nasihat guaman adalah RM 2.00 sahaja dan bayaran pendaftaran tambahan RM2.00 lagi.
2. Sekiranya pendapatan tahunan individu melebihi RM25,000.00 tetapi kurang RM30,000.00 maka pemohon akan dikenakan bayaran sumbangan sebanyak RM 300.00 dan bayaran khidmat nasihat guaman serta pendaftaran sebanyak RM 4.00 sahaja.

Apakah Jenis Kes Yang Boleh Diberi Khidmat Bantuan Guaman ?
Kes Syariah adalah :-
Tuntutan nafkah
Perubahan / kuatkuasa perintah nafkah
Tuntutan cerai
Hak Jagaan
Harta Sepencarian
Mutaah
Kes Sivil adalah :-

Pampasan Pekerja
Kemalangan
Sewa Beli
Tuntutan Pengguna
Pinjaman Wang

Kes Jenayah adalah :-

meringankan hukuman bagi mereka yang mengaku salah dalam semua kes jenayah di Mahkamah Sivil
Prosiding Jenayah di bawah Akta Kanak-kanak 2001
Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan Kecil 1995.
Itu sahaja info yang dapat saya titipkan. Memang agak pening juga kerana bukan semua orang termasuk saya tahu akan prosedur mahkamah ini kan. Jadi untuk keterangan lanjut, sila ke laman web mereka ya disini. http://www.jbg.gov.my/. Untuk rakan-rakan blogger pula, boleh sebarkan kepada rakan-rakan kita atau mungkin kita sendiri yang akan memerlukan khidmat dari agensi ini...
We never know…
                    Editor  Mysury  Nur


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.