-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 28 Disember 2012

PENGORBANAN ISTERI

PEMBACA


Mari kita ikuti dialog ini:

Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank

Kaunselor: Isteri Encik Zainal?

Encik Zainal: Halimah? Dia tak bekerja, hanya surirumah saje

Kaunselor: Tiap2 pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak bekerja

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?

Encik Zainal: Biasanya dia akan bangun pukul 5 pagi kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi

Kaunselor: Bagaimana anak-anak Encik Zainal kesekolah?

Encik Zainal: Halimah akan hantar sebab dia tak bekerja

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal: Pergi kepasar, kemudian, balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Kan dia tak bekerja!

Kaunselor: Petang selepas Encik Zainal balik kerumah apakah yang Encik lakukan?

Encik Zainal: Balik berehat kerana seharian saya bekerja

Kaunselor: Apa Halimah buat?

Encik Zainal: Sediakan minuman petang saya, kemudian sediakan makanan untuk makan malam nanti, melihat kerja-kerja sekolah anak-anak sambil melipat kain baju dan menggosok baju kerja saya untuk esok hari dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit hingga lewat malam kerana dia tak bekerja..

Berdasarkan dialog dan cerita diatas, anda rasa siapa yang lebih bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum subuh hingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? surirumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan surirumah sangat penting!!

'Hargailah seorang isteri kerana pengorbanannya tidak ternilai..'

                    Editor  Mysury  Nur


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.