-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 29 Disember 2012

Bukan kehendak.........

PEMBACA

Kekadang kita diberi peluang kedua untuk kesalahan yang kita lakukan, kekadang kita dah terlambat dan takde peluang kedua untuk kita. Jadi sebelum lakukan sesuatu hendaklah kita berfikir dua tiga kali. Jangan ambil mudah dan menganggap kita ada masa untuk bertaubat atau berubah.

Malam Rabu tempohari, saya telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail kerana tekanan darah saya naik mendadak. 

'Mak, Din menyesal mak. Bangunlah mak, Din janji tak buat lagi. Mak bangun mak'. Tangisan seorang budak lelaki dalam usia 16 tahun (ebih kurang sebaya Anas, anak saya yang pertama) menarik perhatian saya.

Dalam keadaan yang tak berapa nak jelas, sebab saya masih merasa pening-pening lalat, saya memandang, hiba hati saya. Kenapa agaknya anak itu menangis dan meratap sampai cenggitu sekali? Hish! Saya busy body, tapi nak tahu je... 

'Mak, aku tak tahu itu mak, kenapa aku cenggini. Aku bodoh!!! Mak bangun, ampunkan aku mak. Aku janji akan berubah. Aku janji aku dengar cakap mak. Aku menyesal mak.' kata budak lelaki itu.

Beberapa kali saya dengar dia cakap menyesal. Walaupun menyesal dahulu pendapatn, menyesal kemudia dah takde gunanya.

Triba-triba datang seorang perempuan datang dan menangis disebelah budak lelaki tadi.

'Laaaaaaa lagi sorang datang nangis... Apa kes ni.. Haihh malas nak layan le...' detik hati saya.. Taknak kepoh lah konon.. Hehe

'Abang tu, semua ni salah abang! Abang yang ragut dan rentap beg tu tapi dia tak perasan yang dia ragut tu ialah mak! Mak melawan tapi mak terjatuh dan kepalanya terhentak' terdengar gadis tu mengadu kepada seorang makcik yang menjaga anaknya disitu.

Saya terkejut mendengar. Seorang anak telah tidak sengaja meragut maknya sendiri dan mengakibatkan kecederaan pada maknya. MasyaAllah, saya mengurut dada sendiri.

Budak lelaki tadi keluar dari dalam wad. Gadis itu meluru dan memukul budak lelaki itu. Sekarang saya dah tahu cerita!

'Aaaaaah!!! Mak dah takjde, semua salah aku! Aku tak dengar cakap mak memang aku salah! Kakak nak pukul aku pukullah. Aku meragut sebab nak bagi mak duit belanja kaka kat universiti tu. Mak tak cukup duit tahu tak? Kak asyik mintak duit. Aku pikir aku yang belajar bodoh ni, sekurang-kurangnya nak ringankan beban mak. Aku tak sengaja kak' 

Gadis yang memukul adiknya itu terdiam dan tersentap mendengar kata2 adiknya.

Dua orang pegawai polis datang kearah mereka. Budak lelaki itu menghulurkan kedua tangan tanda menyerah diri.

'Tuan izinkan saya melihat wajah mak buat kali terakhir, lepas tu tuan bawaklah saya kebalai.'

Air matanya tak berhenti jatuh.
'Kakak, maafkan aku...' sempat dia memandang kearah kakaknya yang terpaku.......


                    Editor  Mysury  Nur



Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.