-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 17 Disember 2012

BUATLERR KERJA LAIN

PEMBACA

Jika kita lihat dalam Internet ,nampak macam mudah sangat nak dapat duit. Nampak iye iye ajeee ,sampai goyang kaki pun masuk duit. Itulah pengaruh Iklan untuk menjana DUIT MELALUI INTERNET. 

Memang ada yang benar tapi memang ada yang tidak benar. Yang benar cara mereka menjalankan perniagaan itu betul ,YANG TIDAK BENAR ialahhh........TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA dan dikata oleh mereka .

Kita ambil contoh begini.......Kalau seseorang tu dah BERGELAR JUTAWAN ,ada kereta mewah.....Rumah besar...Kenapa dia susah susah NAK MINTA KITA BERSAMA MEREKA??  Ala.......nak kongsi kekayaan  alasannya........Baikkkk ! Cuba kita tengok jutawan Internet Irfan Khairi, dia cuma kongsikan pengalaman dan tips tips kejayaan dia untuk kita TIDAK PULA DIA KONGSIKAN PERNIAGAAAN yang dia jalankan dengan kita, kan ada beza tuu.

Setiap klik dibayar, anda cuma goyang kaki dan duit masuk berduyun duyun...hebat kan ayat ni! Tapiiiiiiiiiii........cuba tengok nilai sebenar untuk setiap klik.

1000 Klik iklan kita dibayar RM.10 sen......ini kaedah yang digunakan ramai pembuat iklan Klik dan bayar. Ingat mudah nak dapat 1000 klik sehari??

Itu nasib baik 1000 , ada syarikat yang zalim lagi, 10,000 baru dapat 10sen. 


Satu fakta yang kita perlu tahu jika anda hendak buat sedikit pendapatan dari klik iklan ini ialah..........JUMLAH KLIK DIKIRA OLEH SYARIKAT itu....bukan oleh kita , nilai yang dikeluarkan untuk paparan kita mungkin ada benar mungkin ada PALSU............siapa nak niaga rugi? 

Apa yang penulis nak kongsi ialah bukan untuk memperlekehkan usaha pengusaha pengusaha iklan di internet terutama mereka mereka yang terlibat dalam JANA WANG ini, cuma janganlah perbodohkan pengguna dengan ayat yang menarik tapi hasilnya tawar. 

Ibarat nak hasilkan  anak.........kita perlu usaha KERAS .......begitu juga dalam mencari DUIT.....Miahahaha


 Photobucket

JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
  SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
 POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
 IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.