-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 15 Disember 2012

10 PANTANG LARANG bukan BUKAN BATU KARANG

PEMBACA


1) JANGAN MENYANYI DEKAT DAPUR NANTI DAPAT SUAMI TUA
~Sebenarnya ditakuti masakan kita tu hanget sebab dok leka dan asyik sangat menyanyi.Kena time potong bawang atau sayur tetiba jari kita yg terpotong tak ke haruu.Secara logik akalnya sape jer la nak kahwin ngan orang tua kan kannnn.Tapi kalau yang tua tu berpangkat DATO' atau TAN SRI hehehe ape salahnya asalkan bukan datok bercicit sudah!

2) JANGAN DUDUK DEPAN PINTU NANTI TAK LAKU KAHWIN
~ Sebenarnya kalau korang duduk kat tengah pintu atau tangga kan dah menghalang laluan orang lain untuk lalu atau turun naik tangga tu.Tak pasal-pasal ade yang kena sepak montot tu tau la adessss!

3) JANGAN DUDUK ATAS BANTAL NANTI BISUL PONGGONG
~ Sebenarnya tak elok bantal yang kita letak dekat kepala sewaktu tidur di buat lapik ponggong.Lagipun antara celah ponggong tu kan tempat kita kluarkan najis.Eeeeeee entah-entah masa korang 'uk uk' cebok tak bersih abes la berbau bantal yang korang duduk kan tu..werkkkk!

4) JANGAN MAKAN HAMPAS KELAPA NANTI PERUT BERCACING
~ Sebenarnya kalau dah korang pergi makan hampas kelapa tu camne la mak korang nak masak kuah bersantan nanti.Tapi kalau korang nak gak makan,tunggu lepas mak korang perah dia punya santan hahhh makan la sampai abes hampas kelapa tu miahahaha (serupa ayam itik la pulok korang nanti) hakhakhak!

5) JANGAN BERSILANG KAKI KE ATAS SEWAKTU BARING MENIARAP NANTI MAK AYAH CEPAT MATI
~ Sebenarnya nampak tak manis dipandang dek orang bila korang berkelakuan camtu.Lelagi kalau anak dara yang buat.Kot time tu korang berkain batik ke karang terlihat la ape yang sepatutnya tertutup huhuhu!

6) JANGAN MAKAN TONGKENG AYAM NANTI MULUT TAK RETI DIAM
~ Sebenarnya kalau korang nak tau dalam banyak-banyak bahagian ayam,tang tongkeng dia tu la yang paling sedap!miahahaha...mak korang tak bagi korang makan sebab dia la yang nak makan bahagian tu hikhikhik!Rugik kalau korang tak makan tongkeng ayam ni tau...sedapppppp!

7) JANGAN BERGAMBAR BERTIGA NANTI SALAH SEORANG MATI
~ Sebenarnya kalau di fikir- fikir kan ape kena mengena bergambar dengan kematian.Lain la kalau waktu korang bergambar tu tetiba salah sorang disambar petir entah la jugak kan.Ermm mungkin orang dok letih nak ambik kan gambar korang yang giler glamers mengalahkan artis ni wakakaka!

8) JANGAN SEWAKTU MAKAN PINDAH/TUKAR-TUKAR TEMPAT NANTI KAHWIN TAK KEKAL LAMA
~ Sebenarnya mak korang penat tau nak 
mengemas dan menyapu sisa-sisa makanan korang yang bersepah tu.Kalau cuma makan dan duduk satu tempat jer kan mudah nak mengemasnya.JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT semua tu takdir Tuhan.Tak gituuuuuu?

9) JANGAN MAKAN DENGAN PINGGAN DI LAPIS DUA/BERTINDIH NANTI SUAMI KAHWIN DUA
~ Sebenarnya kalau korang makan dengan banyak pinggan lelagi dalam satu majlis,karang orang lain tak dapat pinggan camne diorang nak makan?Guna daun pisang atau daun keladi buat tadah nasi??Ishhhh ishhhh tak patut tau kasihan la mereka dan keluarga mereka ahaksss!Psssstttt....orang laki ni kalau dah niat dia nak kahwin lebih dari sorang,di baling dengan pinggan pun tetap gak dia kahwin lain lalalalariikkkkkkkkkkkk!

10) JANGAN BIASA TIDUR SAMPAI TINGGI HARI /WAKTU SIANG NANTI CEPAT NYANYOK
~ Sebenarnya waktu siang tu adalah waktu orang berkerja dan time tu jugak la mak korang nak siapkan ketja-kerja rumah seperti mengemas memasak membasuh dan macam-macam lagi la.Tapi kalau korang dok tidur jer sampai ke petang sape yang nak tolong mak korang siapkan semua kerja-kerja tu?Yang korang tau lepas bangun tidur terus makan pastu sambung tidur lagi di khuatiri korang akan tidur buat selama-lamanya sebab kena ketok kepala dek senduk dan kuali mak korang tu miahahaharuuuu!

SEBENARNYA SEGALA PANTANG LARANG NI ADA JUGA KEBAIKANNYA.NIATNYA NAK MENGAJAR KITA MENJADI SEORANG MANUSIA YANG BERDISPLIN.YANG BAIK DIJADIKAN TAULADAN YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN  WALAU TIDAK DUDUK DISEMPADAN ATAU ATAS JAMBATAN ♥


 VIP Sinonim ANIM



Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.