-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 17 Ogos 2011

TIPS BAGI KAKI PANCING UDANG GALAH

PEMBACA
PerkaraUtama

Berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk (BUKAN BUBUK ATAU PI TANYA BIBIK..ADEH) yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda (TAK PERLU BAWA KUDA SEKALI..NANTI MENYUSAHKAN), pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’(MINTA IZIN DENGAN AYAM DULU) Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).

Peralatan

  1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
  2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
  3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
  4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
  5. JANGAN SESEKALI MENGAIL MENGGUNAKAN MATA ANDA..
  6. TELEFON BIMBIT PUN PERLU ADA..CUMA.....ER..ER..PASTIKAN DAH DI 'TOPAP'

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut. ELAKKAN MENGGUNAKAN CACING KERAWIT KERANA MEMANG TERBUKTI CACING KERAWIT AMAT CEREWET SIFAT KECACINGANNYA.

Cara Memancing (dari atas sampan)

  1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki. JANGAN HULUR K AKI DALAM AIR..haipp!!
  2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya. BATANG ROKOK JUGA DIBOLEHKAN UNTUK MENGAWAL MINDA DAN NYAMUK.
  3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
  4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
  5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
DARI DASAR LAUT ATAU sungai.. untuk memancing dari sini, anda perlulah mempunyai nyawa-nyawa ikan sewaktu berada dalam air..

Makluman

  1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
  2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
  3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
  4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
  5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

  1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
  2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
  3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
  4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Mencari Bibik.
Ini perlu untuk memastikan udang anda dapat dimasak tiga rasa..lalalalala

Panduan

  1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
  2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
  3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
  4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
  5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
  6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
  7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Tips Memancing Udang Galah
  • Pakai mata pancing buatan sendiri homemade lah tu. biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar (bass) sebab di dalamnya ada lagi besi yang kecil bentukkan sedikit macam mata kail yang dijual di kedai. Hasil nya : 10 ekor udang galah mata kail buat.. 1 ekor mata kail beli (10:1).
  • Pakai stokin wanita : Caranya simpan umpan dalam stokin tu, kemudian labuhkan macam sauh. Cuba tunggu 1/2 jam, akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas.
  • Pakai rasuah : Dengar dulu… Beli 1 tin sardin, kemudian tebuk tin tersebut buat lubang kecil tetapi banyak lepas tu labuhkan macam sauh kapal jugak.. Tengok sendiri lah hasilnya..
  • Kalau banjir, jangan di sangka udang tak makan pancing, biasanya kalau air keruh, udang akan mencari makan berhampiran tebing.. pancinglah di tepi.
  • Kalau udang galah galak makan waktu matahari nak tenggelam, baik berhenti jangan teruskan bukan apa.. banyak buruknya terutamanya ketika memancing seorang di tempat yang terpencil.

Peringatan

  1. Pertuturan harus dijaga.
  2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
  3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
  4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
  5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
"SELAMAT MEMANCING"............

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.