Tweet |
Yakin Pada Tuhan Yang satu bererti kita menghambakan diri kita hanya pada Allah s.w.t. sekalian alam, dan menolak segala kemungkaran, ketidakbaikan, kesalahan mahupun kemurkaan-Nya. Kita diperintah oleh Tuhan sekalian alam untuk menjadi khalifah dimuka bumi yakni menyampaikan sesuatu sesama manusia. Penulis tidaklah arif mengenai hal-hal agama, cuma apa yang penulis nampak di Wall Kedai Jomgela, bermacam-macam gaya bentuk penyelewengan terhadap tuhan dapat dilihat. Seolah-olah mereka tidak lagi percaya pada tuhan yang satu, tuhan sekalian Alam iaitu Allah s.w.t.
Kenapa boleh sampai jadi begini sedangkan lagi kita ini berada dibulan ramadhan yang mulia, dimana syaitan tidak berada dekat dengan kita, adakah ini sudah menjadi kebiasaan harian kita??? Subhanallah. Sebagai contoh saya beri dibawah:
- 'tolong sebarkan ayat/utusan/mesej ini kepada 20 orang yang anda kenal, jika tidak anda akan mendapat BALA dan hidup tidak senang'
- (sebelum itu diceritakan kononnya sesuatu yang baik dilakukan, yang tidak sahih dan tidak mempunyai bukti) 'tolong sebarkan ayat/utusan/mesej ini kepada 30 orang yang anda kenal nescaya anda akan mendapat sesuatu hajat atau nikmat serta merta/masa akan datang'
- 'demi cinta abang pada sayang, abang sanggup meredah lautan api (NERAKA)'...Kalau anda tahu apa sebenar dan keadaan 'Lautan Api' tu, agaknya sebelum mati lagi anda akan 24jam duduk di masjid beribadat/bertaubat.
- dan mereka-mereka yang TERUS MENYEBARKAN benda-benda yang tidak disiasat dan diketahui sahih itu kepada rakan-rakan yang lain.
- Melalui SMS, perkataan ALLAH (dalam bahasa jawi) direka dan disuruh/diwajibkan menghantar dan sebarkan seberapa banyak, kerana itu adalah nama tuhan. ITU SALAH SEMATA-MATA!! Kerana Allah s.w.t hanya ada dalam hati kita, tulisan itu hanyalah simbol. Contoh kaabah, anda sembah kaabah ke? Umat islam yang sejati akan menyembah Allah s.w.t. dan bukan kaabah, kaabah hanyalah SIMBOL atau sebagai TANDA pusat keislaman.
Mengapa hal ini terjadi? Sedangkan (ayat 1 dan 2) tuhan itu Maha Adil dan Maha Penyayang, Dia takkan mengaibkan HambaNya dengan segala 'Forward' mesej tu. Macamana pula kalau (sms) seseorang itu tiada Kredit/topap jika ada msg sampai di henfon? Mereka akan dapat BALA???Masyaallah. Macamana pula jika di Facebook, tuan punya akaun tidak sempat membaca dan menyebarkan, jadi tuan akaun itu akan dapat MUSIBAH DAN BALA???
Ini adalah satu kepercayaan yang karut dan tidak boleh diterima akal, jika orang bukan islam yang membaca pun, jika mereka faham, mereka akan ketawa dengan sikap SEMBRONO kita yang tidak selidik dan siasat terlebih dahulu.
Sedarlah wahai rakan-rakan sekalian, kerana kita manusia biasa yang boleh melukan kesilapan yang kita sendiri tidak nampak, apatah lagi jika dipengaruhi oleh kawan terdekat kita. Seeloknya teliti dan siasat lah terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara, kerana kita sedang diperhati oleh tuhan sekalian alam, Tuhan Yang Satu, Allah s.w.t.
ditulis oleh: sinacmusic
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan