-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 20 Julai 2011

CANTIK DI HATI

PEMBACA
PESAN NENEK

Nenek, apa rasanya menjadi tua? Soalan ini pernah diajukan kepada arwah nenek kira-kira 23 tahun lalu. Ketika itu umur saya 12 tahun manakala usia nenek sekitar 70tahun. Saya ingin tahu apa rasanya menjadi tua. Seronokkah? Pada usia 12tahun saya begitu teringin untuk menjadi dewasa; supaya saya boleh buat apa saja yang saya suka tanpa perlu meminta keizinan emak atau ayah.

Nenek tidak terus menjawab sebalinya memandang tepat ke wajah saya. Kemudian perlahan-lahan berkata, “tiada bezanya tua atau muda, Sama saja.” Jawapan pendek dari nenek tidak memuaskan hati lalu saya bertanya lagi. Apa yang sama?

“Tidak seperti masa muda-muda, badan terasa ringan, kuat dan cergas. Berdiri lama-lama membaca surah panjang selepas al-Fatihah tidak menjadi masalah. Rukuk dan sujud satu perkara mudah. Badan kuat dan bersemangat. Tetapi kerana muda, banyak pula perkara yang hendak diselesaikan. Hingga mengabaikan sembahyang lima waktu dengan harapan bila sudah tua nanti baru sibuk mencukupkan bilangan. Tapi sebenarnya tidak. Bila tua, sembahyang menjadi satu cabaran hebat untuk dilaksanakan.”

Itu pesan nenek yang saya masih ingat hingga kini. Nak tunggu tua macam nenek baru nak sembahyang?? Saya bingkas bangun. Lebih baik saya mula sembahyang dari sekarang. Tua nanti, tidaklah terasa berat sangat. Maklumlah sudah biasa. Apabila sudah menjadi amalan, air sejuk ataupun pedih-pedih mata langsung tidak memberi kesan. Alah bias tegal biasa.

Saya berdoa semoga saya sempat melengkapkan kewajipan rukun Iman dan Islam sebelum datang perkara kelima; mati meninggalkan dunia….

Dari pena - Mak Nenek Jambu...

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.