-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 19 Julai 2011

Jika Benar

PEMBACA
Jika benar kita ini akan mati… mengapa pula kita cuba menjauhinya.. Bukankah lebih baik kita bersedia menghadapinya….
Jika benar mati itu pasti… mengapa pula kita masih berdiri dengan ego sendiri seolah-olah kita sudah tahu sakitnya mati…
Jika benar kita bijak.. mengapa pula kita sering membuat keputusan yang salah…
Jika benar kita beribadah kerana Allah… mengapa pula kita sering bertelagah akan kedudukan kita di sisi Allah…
Jika benar kita mencintai Allah…. Mengapakah di dalam hati masih ada ruang duniawi yang banyak….

Jika benar kita hidup berTuhan… mengapa kita sering melalaikan Allah.. Orang yang hidup berTuhan akan menjauhi sifat ego bahkan yang paling halus. Orang yang hidupnya berTuhan akan membuat orang lain gembira dan tenang disisinya kerana sifatnya yang pengasih…
Jika benar kita punya ilmu yang banyak… mengapa kita terhijab dari lebih memahami siapa kita di sini Allah..

Jika benar kita ingin berubah.. berubahlah dari jiwa yang tidak tenang kepada jiwa yang tenang… Tenang pula hanya datang dengan mengingati Allah dgn sebenar-benar ingat… Jika Sudah Tenang… Maka Berlakulah Perubahan Dalam Kehidupan.. Berubahlah Kegelapan Kepada Terang, Lenyaplah Ego Timbullah Kehambaan, Robohlah Ketergasan, Berganti Kerinduan, Kerinduan Yang terbit Daripada Cinta Nan Sejati, Cinta Yang Tidak Berbelah Bahagi, Hanya Kepada Ilahi Bukan Diri



DARI MEJA S/U NUR JOMGELAK

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.