-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 4 Julai 2011

Jenis Jenis Lawak

PEMBACA

Mari belajar berberapa perkara penting tentang jenis jenis lawak supaya anda semua tahu bila dan bagaimana nak buat lawak yang best.

Lawak juga ada seninya, tanpa ilmu dan pengalaman, seseorang tidak akan berjaya membuat lawak yang berkesan. Ada manusia yang dilahirkan memang jadi pelawak, ITU SALAH!!! Kerana setiap manusia lahir serupa semuanya, mempunyai akal dan saiz otak yang sama. Kita yang mencorak dan membentuk ia menjadi satu hala tuju dalam kehidupan masing-masing...lihat jenis-jenis lawak dibawah, make sure anda pakai 'spec' atau "teleskop" dahulu sebelom membaca, ikhlas pesanan dari PENULIS. Larikkkk!!!




Lawak Bodoh.


Ini adalah sejenis lawak yang selalu dibuat oleh orang orang bodoh untuk orang orang bodoh. Lawak jenis ini secara kebiasaannya akan menggunakan perkataan perkataan bodoh, bangang, tolol, idiot dan sebagainya. Lawak ini amat susah untuk difahami oleh orang orang yang pandai. Kebiasaannya juga, pelawak akan menggunakan mimik muka untuk menghasilkan kesan lawak bodoh yang lebih dramatic. Jeritan jeritan yang dianggap cool seperti “ kau bodoh!”, “tolol” akan sentiasa kedengaran ketika membuat lawak ini. Mereka yang terlibat selalu akan sanggup merendahkan IQ sendiri untuk mencapai objective lawak bodoh mereka.


Lawak Slapstick.


Lawak slapstick, atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai lawak lempang kayu ada sejenis lawak yang berbentuk fizikal. Lawak ini tidak jauh bezanya dengan lawak bodoh di atas. Kebiasaannya, tukang buat lawak akan menampar muka audience yang tidak mempunyai perasaan dan berhati keras seperti kayu untuk membuat mereka ketawa. Dari perbuatan inilah timbulnya perkataan lawak slapstick ini. Lawak ini juga sesuai untuk golongan kanak kanak yang tidak dapat menangkap maksud lawak yang kadang kadang tersembunyi. Dengan yang demikian jugalah menyebabkan pelawak pelawak slapstick ni selalunya mengenakan kostum ketika membuat lawak. Antara kostum yang popular ialah uniform sekolah, kostum monyet serta binatang binatang lain, orang tua rambut uban pakai kain pelikat dan lain lain. Tukang buat lawak slapstick ini juga tidak segan silu untuk melompat lompat seperti kera kena belacan.


Lawak Spontan.


Ini adalah lawak yang dibuat secara tidak sengaja atau tanpa sebarang perancangan awal. Lawak lawak jenis ini biasanya berkisar kepada keadaan, tempat dan audience. Pembuat lawak jenis ini perlu berhati hati untuk menjaga sensetiviti orang sekeliling. Sebagai contoh, seorang lelaki yang membuat lawak spontan di hadapan isterinya untuk berkahwin lagi seorang ketika melihat wanita cantik melintas di hadapan akan membawa kecelakaan terhadap dirinya sendiri. Membuat lawak spontan ketika majlis rasmi adalah sangat sangat dilarang.


Lawak Lucah.


Sejenis lawak yang hanya dipelopori oleh kaum lelaki kerana mereka mempunyai daya imaginasi dan fikiran yang lucah. Agak jarang kedengaraan seorang wanita sejati membuat lawak lawak lucah kecuali wanita itu memang seorang yang gatal. Lawak lucah terbahagi kepada 2 jenis, iaitu jenis sulit dan jenis tidak sulit. Jenis lawak lucah sulit selalunya berkisar kepada alat alat sulit samada alat sulit lelaki atau wanita. Ini adalah lawak lucah melampau. Antara contoh lawak lucah melampau ialah VCD Kehidupan Terlampau Seorang Pramugara.

Lawak lucah tidak sulit ialah lawak yang menggunakan kiasan dan mempunyai dua maksud. Ini adalah demi keselamatan pembuat lawak supaya tidak ditampar oleh mana mana individu akibat lawak lucah tersebut. Sekiranya anda seorang perempuan bekerja dan selalu didedahkan dengan lawak lucah, anda boleh pegi komplen kepada pihak pengurusan tentang sexual harassment. Walau bagaimana pun, anda perlulah berhati hati ketika membuat aduan tentang lawak lucah jenis tidak sulit kerana ianya mungkin akan membinasakan kredibiliti anda sendiri. Disebabkan lawak jenis ini mempunyai dua maksud, tukang buat lawak akan menggunakan alasan anda sebenarnya yang berfikiran lucah kerana anda telah tersalah anggap maksud sebenarnya.


Lawak Antarabangsa.


Lawak yang memang boleh dikategorikan sebagai lawak paling macho dan hensem di kalangan para pelawak sekalian. Lawak jenis ini biasanya dilakukan oleh para-para artis/pelawak yang tersohor seperti Charlie Chaplin, Din Beramboi, Saiful Apek dan bermacam2 lagi. Walaupun lawak bodoh, lawak lucah, lawak slipstick yg mereka buat, kita secara automatik akan tergelak sendiri dengan lawak yang ditonjolkan. Kiranya pelawak-pelawak tersebut sudah ade gaya lawak mereka masing-masing atau 'trademark'.


Lawak Senyap (Silent Comedy)


Komedi senyap merujuk kepada gaya bertindak, berkaitan dengan tetapi berbeza dari mimos, dicipta untuk membawa komedi ke dalam medium filem dalam era filem senyap (1900-1920an) sebelum trek (serentak) bunyi pada filem berteknologi yang dapat dilaksanakan. Komedi senyap masih diamalkan, walaupun banyak kurang kerap,tetapi ia telah mempengaruhi komedi dalam media moden juga.

Komedi senyap seperti Chaplin, komedi Kumbang Kumbang Boy Hal ini, BusterKeaton, dll meletakkan penekanan yang berat pada jenaka visual dan fizikal, dan apa yang dikenali sebagai "GAGs penglihatan", untuk bercerita dan menghiburkan penonton. Kebanyakan GAGs fizikal telah dibesar-besarkan bentuk keganasan, atau penderaan, dan kemudiannya telah dipanggil "melampau". Istilah "dagelan" merujuk kepada dua kali ganda, atau "tertipu", memukul kayu yang membuat bunyi yang kuata pabila (cahaya) hubungan dengan orang lain. The "jatuh pantat", tergelincir pada kulit pisang, mendapatkan direndam dengan air, dan mendapat pai dibuang dalam menghadapi satu adalah semua contoh-contoh klasik alat komedi melampau.



Sila ambil perhatian, membiarkan handphone anda berbunyi ketika sedang sembahyang Jumaat adalah :

1. Bukan lawak bodoh sebab hanya anda seorang sahaja yang bodoh kerana tidak mematikan cellphone anda sedangkan orang lain semua pandai.

2. Bukan lawak slapstick kerana ada kemungkinan anda yang akan kene lempang setelah habis sembahyang.

3. Bukan lawak spontan kerana anda sudah merancang untuk tidak mematikan cellphone setibanya anda di masjid atau sebelum azan dilaungkan.

4. Bukan juga lawak lucah sebab ianya tidak melibatkan alat sulit (takde yang sulit pun pasal cellphone) unless you are having an erection while praying.



sinacmusic




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.