-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 4 Julai 2011

Gagah Apabila Mampu Mengawal Marah

PEMBACA
Baru-baru ini, penulis sedia maklum pernah merasai perasaan marah yang teramat. Kadangkala dugaan dan rintangan yang dihadapi saban hari tidak diberi 'notis' terlebih dahulu. Ia datang bagai TSUNAMI yang melanda jiwa kita. Apa pun, kita sebagai manusia kena cekal dan tabah menghadapi segala ketentuan-Nya. Siapakah manusia yang gagah? Hercules? Badang? Menurut NabiManusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya, sebaliknya yang gagah adalah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya. Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Tuhan sedang berjalan menuju ke syurga. Sahabat Nabi bernama Abu Darda’ pernah menyoal nabi, ” Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga.” Nabi menjawab, “Janganlah engkau marah!” Hadis ini dilaporkan oleh Imam Thabarani da Ibn Abid Dunya dengan sanad yang baik.

sinacmusic

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.