-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 4 Julai 2011

Bersyukur

PEMBACA
Salam semua, penulis baru sahaja menyelesaikan satu misi iaitu 'misi perniagaan internet'. Nak tahu apa itu? Kita tunggu. Baiklah hari ini penulis ingin berkongsikan topik dipagi hari mengenai Bersyukur.

Apakah itu Syukur? Syukran? Thanks? Merci? Dank?
Bersyukur menurut ensiklopedia bebas iaitu Wikipedia membawa maksud, perasaan atau sikap positif menghargai faedah atau nikmat yang telah atau yang akan diterima. Rasa bersyukur seringkali ditumpukan dalam banyak agama.

Menurut Islam contohnya, bersyukur membawa maksud menekankan rasa berterima kasih kepada tuhan sekalian alam iaitu Allah s.w.t. atas segala pemberian nikmat didunia.

Dalam perspektif syukur, kita seringkali tidak mengerti apakah yang dinamakan syukur. Kebanyakan manusia di dunia ini kurang rasa bersyukur atas sebab mereka ditimpa bala atau merasakan diri tidak beruntung atas kejadian-kejadian yang buruk menimpa mereka. Sebenarnya perspektif itu salah sama sekali disisi Islam.

Kita tidak sedar bahawa setiap apa yang kita dapat adalah nikmat dari tuhan. Contohnya seperti kemudahan internet, ramai yang mengeluh akan hal ini, "apesal internet lembap sgt haa??", "sakit hati aku nengok ko ni". Sedangkan pada hakikatnya, ia adalah satu kemudahan yang tak semua orang boleh dapat.

Setiap apa yang kita lakukan adalah satu nikmat. Setiap perkara yang buruk adalah satu ujian dari Allah s.w.t. dimana Dia menguji kita tentang keimanan dan rasa kesyukuran padaNya. Seeloknya biarlah kita mengalah sekiranya berlaku sebarang ketidak adilah, dimana perkara tersebut akan selesai dengan mudah.

Setiap perkara yang buruk terjadi mesti akan ada timbal baliknya kelak, itu janji Allah s.w.t. kepada hamba-hambanya. Sedangkan orang eropah sendiri pernah mengatakan "Life is seems like a wheel"...Hidup umpama roda, sekejap kita diatas, dan sekejap kita dibawah.

Kesimpulannya, kita perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan pada kita, sama ada baik mahupun buruk, sesungguhnya orang-orang yang bersyukur adalah manusia yang disayangi oleh Allah s.w.t.. Semoga menjadi iktibar buat semua, hargailah setiap apa yang datang pada kita, jangan kita sia-siakan ia menjadi sesuatu yang tak berguna.

Dari meja leptop penulis,

sinacmusic

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.