-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 22 Julai 2011

88888: Rekod Kedai Jomgelak

PEMBACA
Kelik pade pic ni kalu naa nampak jelass dan cantekk punnnnn ;)


Assalamualaikum semua selamat malam pada yang membaca, teks ini ditulis pada jam 12:06 pada hari Sabtu, 23/7/2011..

Disini penulis ingin memberitahu bahawa Kedai Jomgelak SDN BND sudah pun mencapai target nya iaitu sebanyak 88888 orang ahli pada petang tadi (22/7/2011, Jam 15). Terima kasih kepada semua ahli dan para officer yang telah bekerjasama dan memeriahkan lagi Kedai Jomgelak ini dimana ia telah ditubuhkan pada Mac lepas. Kedai Jomgelak merupakan satu 'Group' atau satu komuniti yang mengutamakan konsep "Berhibur Sambil Berilmu, Senyum itu Sedekah".

Kami sebagai Admins Kedai Jomgelak ingin mengcapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi menyerikan dan memeriahkan 'Group' ini dengan lawak dan info masing-masing, yang sama dikongsi sesama ahli. Kepada yang sudah 'add' rakan-rakan di group ini, kami ucapkan berbanyak terima kasih.

Kedai Jomgelak SDN BHD diketuai oleh 3 "Boss Besar" iaitu Jomgelak Aliya, Suraya Harun dan Yong Lily Azura. Ia diikuti oleh setiausaha kami iaitu Nur Camelia Huda dan MOD Own Adalah Khairul Anwar. Senarai Officer lain yang turut membantu kami mencapai target 88888 ahli adalah:
  • Apit Jijo
  • Sam Rarespecies
  • Asnizam Aspire
  • Shanim Shajlo
  • Rohaizah Hussien
  • Bidadari Ku
  • Badariah Salleh
  • Lisa Like
  • Princess Areyou Ahmad
  • Masnita Djisla
  • Hanna Purple Nur
  • Edaman Raman
  • Suhaimee Mohammad
  • Hanan Husna
  • Sunyi Sepi
  • Farah Hanis
  • To'Ki Undess
  • Roslina Hassan
  • Hana Suzana Ramlee
  • Saiful Othman
  • Rocker Guitarist
  • Mila Zamila
  • Fara Snor
Dan beberapa ahli Officer baru/lama yang turut bekerjasama.
(taip je name ni sebijik2 di ruang 'search' di akaun FB anda untok nengok profile/add/berkenalan dengan officer kami)

Kami berasa bangga dan berbesar hati dengan pencapaian rekod ini dimana kita sendiri jarang sekali menjumpai sesuatu 'Group' seramai didalam Kedai Jomgelak ini, yang tujuannya untuk berkongsi segala pengetahuan dan kegembiraan serta keceriaan bersama.

Target seterusnya mungkin agak mustahil bagi kami iaitu 1000000 ahli didalam kedai, tetapi bagi kami tiada yang mustahil melainkan kuasa Allah s.w.t. yang menjadikan sesuatu perkara dengan izin-Nya.

Diharap anda akan terus 'support' kami dan menceriakan lagi Kedai Jomgelak dengan cerita-cerita, lawak-lawak yang sangat digemari kesemua ahli Kedai Jomgelak ini.

P/s: Olang cina kata aaa, 88888 mannnyiaakk ong wooo, mannyiakk susah mau calik, ini pasai saja2 kamik snap pic, dibuat kenang2an...ahaksss...Tade tujuannyeee mau lapat ONG, sibab aaa saia punnn olang melayu, kwakakaka...sulah jiatohhh ditimpe tangge, janganlah berumah di tepilah pantaiii kan, lalikkkkkkk

Dari Meja Leptop Penulis,

sinacmusic


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.