-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 26 Jun 2011

LEMBU PUTIH DAN LEMBU HITAM

PEMBACA
LOKASI - KANDANG LEMBU ..

Satu pagi, Penanam lembu berjaya iaitu Encik HAZIQ BIN SAIFUL telah di wawancara oleh Tangkaian Berita Jomgelak kerana kecermelangan beliau dalam penternakan susu lembu walaupun beliau cuma memelihara dua ekor lembu sahaja iaitu lembu kaler hitam dan lembu kaler putih.
Kita baca perbualan En. Haziq bin Saiful dengan Pemberita kami iaitu Mat Wie bin Nik Abd Muin

" Sila jawab dengan jujur ye,,soalan pertama saya berbunyi begini..Apakah makanan yang awak bagi pada lembu awak ?" Tanya Mat Wie.
" Lembu mana? Yang hitam ke yang putih? ". Tanya Haziq pula.
" Yang putih dululah". Jawab Mat Wie sambil pegang kalkulator.
" Yang putih biasa saya bagi makan rumput perisa limau . " Jawab Haziq bersahaja.
" Erm..Yang hitam ? ". Mat Wie teruskan soalan.
" Yang hitam pun sama". Jawab Haziq sahaje jer.
" Selalu awak perah susu dia berapa kali dalam sebulan?. Soalan seterusnya dari Mat Wie.
" Yang mana, Lembu putih ke lembu Hitam". Haziq menyoal semula.
" Yang Hitam pulak dulu..". Jawab Mat Wie terus mengira menggunakan kalkulator.
" Yang hitam sebulan 4 kali saya perah susu dia. " Jawapan tenang dari Haziq.
" Yang putih pulak". Tanya Mat Wie lagik.
" Samalah dengan yang hitam, 4 kali gak". Haziq terus menjawab dengan mudah.
"Tak ada komplen ke dari penduduk setempat lembu awak merayau dan merosakkan tanaman orang..tak pun pergi bersiar-siar ditepi jalan raya ker". Tanya Mat Wie agak bengang.
" Yang mana, Lembu Hitam ke Putih". Tanya Haziq pula dengan serius.
" Adeh..yang Putih lah". Jawab Mat Wie..
" Yang putih tiada masalah sebab saya dah gantung remove astro..kalau dia jauh..saya TEETT!! terus dia tak boleh bergerak..cuma ekor jer leh gerak..mana tau tetiba gatal badan leh dia garu". Jawab Haziq panjang dan lebar.
" Lembu Hitam pulak". Mat Wie terus bertanya lagik.
" Samalah juga dengan yang putih". Jawab Haziq cukup selamber.
" Adoii..pelik awak ni..kan sama jawapan awak untuk dua ekor lembu tu sama saja..kenapa nak bezakan keduanya pulak?". Mat Wie dah tak dapat menahan marah..
"Mestilah saya bezakan, sebab lembu putih tu saya yang punya". Haziq menjawab lagi.
"OOO..macam tu..fahamlah saya..abis tu yang hitam tu lembu siapa pula". Mat Wie dah kembali tenang ...
" Yang Hitam pun lembu saya juga.". Jawab Haziq sambil tunduk dan kuis kuis kaki..
" HUH!!!! ". Marah Mat Wie sambil baling kalkulator atas Eskulater rosak yang terdapat diladang tersebuttttttt..






0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.