-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 24 Jun 2011

JIKA KITA TUNDUK

PEMBACA
Assalamualaikum sahabat2 yang dimuliakan Allah semua,

Bagaimana perasaan anda apabila setiap kali melalui tempat-tempat yang mempunyai security guard (pengawal keselamatan), mereka akan bangun, memberi hormat dengan mengangkat tangan dan menundukkan wajah tanda menghormati anda, sedangkan anda bukanlah siapa-siapa untuk dihormati sebegitu rupa.

Adakah anda berasa besar hati, bangga atau berasa dihargai? Apa pun perasaan anda ia adalah hak anda, tapi satu yang patut kita tahu adalah bagaimana untuk belajar menghormati orang lain, tidak kira siapa pun kita atau siapa pun mereka dan bagaimapun cara menghormatinya.

Kita sudah pun diajar untuk merendahkan diri sejak daripada kita tahu bersolat lagi. Di dalam solat, kita merendahkan kepala ke lantai menandakan, kehambaan kita di sisi Allah. Sekiranya kita mampu menghayati setiap pergerakan dalam solat itu dengan teliti, pasti kita tidak akan bersikap besar kepala, sombong, riak atau berasa hanya diri kita sahaja yang hebat, sempurna dan layak dihormati.

Saya melihat ini dari sudut saya sebagai manusia biasa. Belajar melihat kelebihan dan kelemahan orang lain melalui kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Bermakna kita bukan manusia sempurna. Jadi kenapa sombong??...

Sesuatu yang harus juga kita perhalusi adalah, tanpa berpijak di atas bumi, kita tidak akan tahu setinggi mana langit itu, tanpa ada orang miskin, kita tidak tahu adanya orang kaya dan tanpa adanya semut, kita tidak akan dapat menilai betapa besarnya seekor gajah. Kenapa begitu? Berfikirlah….

Kerana itu kita belajarlah dari bawah supaya kita dapat menikmati ketinggian tanpa mendongakkan kepala. Melihat apa yang ada dibawah, akan mengingatkan kita bahawa siapa pun kita disini, kita tetap seorang hamba disisiNya. Jadi kenapa masih subur sifat riak dihati? Belajarlah menunduk kepala……



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.