-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 7 Jun 2011

CERITA ORANG SAKIT

PEMBACA

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yg agak kritikal. Sampainya di Hospital New York, Mamat dibawa kebilik pembedahan dan dipasangkan tiub getah kanan dan kiri.

Beberapa jam kemudian, seorg pesakit dari UK yang kelihatan lebih parah dibawa masuk dan diletak kan bersebelahan dengan katil Mamat. Walaupun Mat Saleh ini kelihatan lemah, tetapi dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dengan susah payahnya, beliau mengangkat tangan dan berkata “United Kingdom…”

Mamat yang juga masih lemah menjawab “Malaysian.. ”

Setelah itu kedua-duanya kedua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian, mereka kembali sedar & cuba berkomunikasi lagi. Mat Saleh berkata dengan lemah, “James…” dijawab dengan susah payah oleh Mamat, “Mamat…”.

Selepas itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjtkan percakapan, “Birmingham…” kata Mat Saleh. Mamat menjawab, “Kuala Kangsar..” pengsan lagi… Tidak lama kemudian, mereka sedar dan cuba berbual lagi. Mat Saleh yang sudak kehabisan nafas berkata, “Cancer…”

Dengan sisa-sisa nafas yg ada Mamat menyahut, “Capricorn…!”

Adolaaa.. Toink!! Toink!! hehehe..


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.