-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 26 Jun 2011

BALA NI BALA

PEMBACA
Satu Petang waktu hujan lebat....

" Isk..pe dibuatnye budak ni..dari tadi tak keluar keluar dari bilik"..Emak menceramah diri sendiri marah anaknya sambil berjalan menuju ke bilik..
" Angah!!!!!!!!!! ooo..Angah!! ko tak nak makan ke? dah petang ni". Emak panggil anaknya .
"Kenyang lagi mak..jab gi lah". Jawab anaknya terang dan jelas.
" Ko ni..asal balik dari asrama jer..mesti terperap dalam bilik..ce keluar borak-borak ngan mak ni..adolaaaaaaa". Pujuk Emak sambil betulkan langsir pintu .
" Ala Mak..tengah main alat rahim ni..karanglah mak"..Jawab Anak juga Jelas dan Terang.
" Huishhhhh!! Astaga anak aku ni..ko cuba sebut lagik sekali Nah..pe ko main tadi". Emak mula tak senang duduk..langsir kaler biru dia dah nampak kaler hitam..
" La..main alat rahim ni..karang angah keluar la.." Jawab anak dengan suara lebih kuat dari tadi
Dummmmmmmmm!!!!!!!!!!!! Emak pecah pintu bilik..kalau tak kerana marah..memang tak boleh emak nak pecahkan..tapi dah terdesak agaknye..selamber jer pintu leh pecah
" Agak ko ni kenapa? Mak antar ko belajar..balik buat perkara tak senonoh pulak". Tanya emak sambil angkat bahu dan geleng geleng kepala aksi orang kuat..
" Napa lak Mak..sampai peah pintu ni..adolaaa". Tanya anak gerun sambil tahan kencing..
" Tadi ko kata main alat rahim..ko jangan memain " Tanya emak serius......
"La emak ni..ni ha..Angah tengah siapkan projek sains ..abang rahim bagi pinjam alat alat ni..Kapal layar dalam besen tu..abang Rahim la punya..ni projek nak jalankan kapal dalam besen.."JAWAB ANAK tanpa keraguan munasabah




1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.